CGH kerah lebih banyak robot di jabatan kecemasan; pertingkat kecekapan jagaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menggunakan robot untuk menguruskan tugasan mudah di jabatan kecemasan hospital membolehkan kakitangan jagaan kesihatan tumpukan perhatian kepada keperluan lebih mendesak pesakit lain.
Melancarkan teknologi sedemikian di Hospital Besar Changi juga meningkatkan lagi kecekapan penjagaan.
Ia juga meringankan lagi beban yang sedang dihadapi sektor ini, seperti jumlah pesakit yang bertambah dan waktu menunggu lebih lama.
Robot tersebut ditugaskan untuk menghantar ubat di sekeliling jabatan kecemasan.
Ia melakukan 16 pusingan penghantaran setiap hari, menjimatkan masa para jururawat di jabatan kecemasan sehingga dua jam.
Dengan tugas yang lebih ringan, para jururawat boleh meluangkan lebih banyak masa bersama para pesakit.
Penolong Klinisian Jururawat Jabatan Kecemasan CGH Adora Cheong berkata: "Ia sebaliknya memberi kami masa untuk memberi tumpuan dengan pesakit kami semasa kegiatan menjaga pesakit, tanpa diganggu seperti membalut luka pesakit kami, memenuhi keperluan jagaan asas mereka di tepi katil."
Ada juga robot yang boleh mengiringi orang ramai ke pelbagai kawasan di jabatan kecemasan.
Selain bahasa Inggeris, ia juga boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil.
Dengan adanya robot berkenaan, kakitangan tidak perlu lagi menghantar para pesakit secara fizikal dan ini dapat menjimatkan masa satu setengah jam setiap hari.
Terdapat juga robot yang boleh melakukan tugas khusus seperti menyediakan pesakit di ruang menunggu dengan barang-barang yang mereka perlukan.
Ini bermakna kakitangan perkhidmatan dapat memberikan lebih tumpuan kepada tugas lain seperti menjawab pertanyaan pesakit mengenai pembayaran atau kepulangan mereka.
Robot-robot itu diharapkan dapat meringankan lagi beban kerja, sedang hospital-hospital tempatan terus menyaksikan jumlah pesakit yang bertambah.
Buat masa ini, terdapat waktu menunggu antara lima hingga lapan jam di jabatan kecemasan CGH.
Uji cuba robotik itu dijangka berakhir pada Ogos ini.

Sumber : CNA/IA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.