Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CGH beri jaminan keselamatan diutamakan; pantau secara proaktif kes COVID-19

Hospital Besar Changi (CGH) memberi jaminan ia tetap mengutamakan soal keselamatan dan pihaknya sedang memantau secara proaktif kes-kes COVID-19 membabitkan kampusnya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hospital Besar Changi (CGH) memberi jaminan ia tetap mengutamakan soal keselamatan dan pihaknya sedang memantau secara proaktif kes-kes COVID-19 membabitkan kampusnya.

Dalam catatan di laman Facebook hari ini (6 Sep), CGH menyatakan enam kakitangan pihak ketiga hospital itu termasuk dalam kalangan kes COVID-19 yang disahkan MOH semalam (5 Sep).

CGH menambah tiada kakitangannya sakit tenat akibat jangkitan itu kerana mereka sudah divaksin.

Mereka juga mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat dan bertugas dalam bidang-bidang bukan klinikal.

Para kakitangan berkenaan juga tidak berjumpa dengan pesakit-pesakit semasa bertugas.

Menurut CGH, pengesanan kontak sedang dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan lanjut.

Sementara itu, para pesakit boleh meneruskan dengan janji temu doktor dan lawatan berjumpa pesakit masih dibenarkan, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan