Skip to main content

Singapura

Certis pasukan polis tambahan pertama di S'pura lancar unit K-9

Firma keselamatan Certis melancarkan unit K-9, yang pertama seumpamanya oleh pasukan polis tambahan di negara ini, menurut syarikat tersebut hari ini (29 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Jan 2019 09:44PM Dikemas Kini : 29 Jan 2019 09:51PM

SINGAPURA: Firma keselamatan Certis melancarkan unit K-9, yang pertama seumpamanya oleh pasukan polis tambahan di negara ini, menurut syarikat tersebut hari ini (29 Jan).

Bermula dengan 10 ekor anjing, unit itu akan mula beroperasi pada separuh pertama tahun ini. Bilangan anjing mungkin akan ditambah kepada 24 ekor, bergantung kepada "permintaan pasaran".

Certis menyatakan anjing-anjing itu boleh dilatih untuk mengesan bom atau dadah dengan ketepatan kira-kira 90 peratus, jauh melebihi ketepatan mesin pada kira-kira 60 hingga 70 peratus.

Memandangkan pemeriksaan boleh dilakukan dengan lebih cepat, unit K-9 sesuai untuk dikerah bagi melakukan pemeriksaan di hab-hab pengangkutan seperti lapangan terbang dan stesen kereta api serta acara berskala-besar.

Langkah terbaru Certis itu adalah sebahagian daripada transformasi yang diumumkan pada Oktober lalu daripada sebuah penyedia kawalan fizikal kepada penyedia huraian keselamatan bersepadu.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita