Skip to main content

Singapura

Certis kerahkan robot penjaga jarak selamat mulai Oktober

Sebuah lagi robot bagi membantu menjaga jarak selamat akan dikerahkan mulai Oktober depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Jul 2021 09:17PM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 09:19PM

SINGAPURA: Sebuah lagi robot bagi membantu menjaga jarak selamat akan dikerahkan mulai Oktober depan.

Robot bernama "Oscar" yang digunakan syarikat Certis akan dipertingkat dengan keupayaan mengesan orang-orang yang bersesak-sesak dan mengeluarkan pesanan kepada orang ramai supaya menjaga jarak selamat.

Robot itu juga boleh mengesan kebakaran dan basikal yang diletakkan sembarangan.

Mulai Oktober depan, robot itu akan meronda kawasan Paya Lebar Quarter untuk memantau jarak selamat.

Certis sedang bekerjasama dengan para peruncit untuk memperkenalkan penggunaannya di pusat-pusat beli-belah lain.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita