Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CERPEN: 'Kesusahan Amin'

Anggaran Waktu Membaca:
 CERPEN: 'Kesusahan Amin'

Gambar hiasan. (Gambar: Unseen Studio/Unsplash)

Kring! Kring!

Loceng sekolah berbunyi. Amin dan kawan-kawanya pergi ke kelas mereka. Hari ini, mereka akan dapat kertas peperikasaan Prelim yang Amin dan kawan-kawannya sudah lakukan sebulan yang lalu. Kawan-kawannya, Adi dan Johan, berasa teruja tetapi Amin tidak. Amin berasa takut kerana dia selalu gagal dalam semua peperiksaan. Amin tidak boleh bayangkan kesakitan yang dia akan alami nanti.

"Amin!" jerit Cikgu Hamdi. "Ambil kertas ini sekarang juga! Saya sangat kecewa dengan awak," sambung Cikgu Hamdi.

Tanpa membuang masa, Amin berdiri lalu bergegas ke hadapan Cikgu Hamdi untuk menerima kertas peperiksaannya.

Suara yang garang itu bermaksud bahawa dia pasti sudah gagal. Amin mengambil kertas itu daripada Cikgu Hamdi dengan wajah yang sedih. Dia sudah gagal dalam semua peperiksaannya. Perasaan takut mula bergayut di sudut hati Amin.

Dia tahu dia akan dirotan oleh ibu dan bapanya. Kali ini, lebih teruk. Semua subjek Amin gagal. Air matanya mengalir di pipinya lalu terjatuh di atas keputusan kertas peperiksaannya. Ramalan Amin betul.

Saat dia bersuara kepada ibu dan ayahnya bahawa dia gagal dalam peperiksaan, wajah mereka berubah. Mereka mengambil rotan yang besar lalu merotan Amin di tempat yang lemah sehingga berdarah. Ibu dan bapanya tidak pernah menyesal akan perbuatan mereka.

Amin terbaring di lantai sambil menjerit kesakitan. Dia tidak pernah merasakan kesakitan seperti ini sebelum ini. Rasanya Amin seperti mahu melarikan diri daripada ibu dan bapanya. Bukan hari itu tetapi selama-lamanya. Amin menangis teresak-esak.

Kepada Amin, ibu dan bapanya sangat zalim. Mereka tidak pernah mengizinkan Amin untuk berehat. Disebabkan Amin tidak begitu pandai, mereka selalu menyuruh Amin untuk belajar dan melakukan pelbagai jenis latihan sehingga Amin tertidur.

Adi dan Johan menyedari Amin mengalami kesukaran untuk belajar. Oleh kerana mereka tidak mahu melihat Amin menangis lagi, mereka mahu menolongnya.

Masih ada masa sebelum Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Rendah (PSLE). Hampir setiap hari Jumaat, Adi akan pergi ke rumah Amin untuk belajar bersama-samanya secara perlahan-lahan. Johan pun akan menolong. Amin teruja dengan bantuan yang diberikan oleh rakan-rakannya. Dia juga berasa pelik kerana setiap kali dia belajar bersama Adi dan Johan, ibu bapanya pasti tiada di rumah. Rupa-rupanya, Adi juga meminta bantuan ibunya untuk berjumpa dengan ibu bapa Amin agar mereka dapat lebih memahami keadaan Amin.

Setelah mendengar penjelasan ibu Adi, Ibu bapa Amin mula berasa kesal dan sedar akan kesilapan mereka yang sudah menjejas emosi Amin. Ibu Adi juga merupakan seorang guru motivasi dan beliau telah memberikan pelbagai panduan kepada ibu bapa Amin agar mereka juga dapat membantu Amin.

Akhirnya, segala usaha Adi, Johan dan ibu Adi berhasil. Amin lulus dalam subjeknya bagi peperiksaan PSLE. Amin berasa besar hati. Ibu dan bapanya meminta maaf kepadanya kerana sebelum ini, mereka terlalu garang dengannya. Pertolongan yang tidak disangka itu telah membantu Amin. Sejak hari itu, Amin belajar bahawa kita harus sentiasa mencuba yang terbaik dan tidak pernah berputus asa. Kita harus sentiasa bekerja keras ke arah impian kita dengan pelbagai jenis usaha.

CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham pemenang tempat ketiga pertandingan Hadiah Sulam Kalam anjuran PERBAYU NIE/NTU bagi peringkat sekolah rendah.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan