Skip to main content

Singapura

Cermin depan rosak, pesawat Scoot patah balik ke Changi

Sebuat pesawat Scoot yang menuju ke Gold Coast terpaksa berpatah balik ke Singapura pada awal pagi Rabu (30 Jan), apabila cermin depannya "mengalami kerosakan", menurut syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Cermin depan rosak, pesawat Scoot patah balik ke Changi

(Gambar: Pembaca Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Jan 2019 10:14PM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 10:19PM

SINGAPURA: Sebuat pesawat Scoot yang menuju ke Gold Coast terpaksa berpatah balik ke Singapura pada awal pagi Rabu (30 Jan), apabila cermin depannya "mengalami kerosakan", menurut syarikat itu.

Pesawat B787 Dreamliner yang membawa 341 penumpang berlepas pada 10.20 malam dari Singapura pada Selasa namun terpaksa berpatah balik tiga jam kemudian.

"Penerbangan TR6 ... mengalami kerosakan pada bahagian luar cermin depan semasa penerbangan," pihak Scoot memberitahu Mediacorp.

"Keputusan dibuat untuk melencongkan penerbangan kembali ke Singapura, tiga jam selepas berlepas, sebagai langkah berjaga-jaga," menurut seorang jurucakapnya.

Kerosakan tidak menyebabkan sebarang kebocoran udara atau perubahan tekanan udara dalam kabin.

Pesawat gantian dengan anak kapal berasingan diaturkan dan penerbangan baru itu berlepas dari Singapura menuju ke Gold Coast pada sekitar 7.00 pagi, menurut syarikat itu lagi.

Seorang pembaca memberitahu Mediacorp bahawa pesawat itu bersedia untuk berlepas sebaik sahaja penerbangan asal mendarat lagi di Singapura pada sekitar 4.45 pagi.

Insiden tersebut menyebabkan penerbangan TR7 dari Gold Coast ke Singapura tergendala; ia berlepas pada 5.20 petang berbanding jadual asal 9.20 pagi.

"Para penumpang yang terlepas penerbangan sambungan mereka di Singapura menerusi Scoot atau rakatan syarikatnya, mereka akan dipindahkan ke penerbangan berikutnya," menurut Scoot.

Syarikat penerbangan itu sedang menyiasat punca kerosakan cermin depan pesawat.

"Kami kesali gangguan ke atas rancangan perjalanan para penumpang kami," menurut Scoot.

Syarikat tersebut menghadapi beberapa kelengahan penerbangan sejak beberapa minggu lalu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita