Skip to main content

Singapura

CEO syarikat didakwa terima rasuah S$240,000 daripada Fullerton Healthcare Group

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa di mahkamah pada Khamis (7 Dis) atas tuduhan menerima rasuah daripada Fullerton Healthcare Group antara 2017 dengan 2018, ketika dia menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat insurans Aon Singapore.

Chiew Collin, 56 tahun, dikenakan satu tuduhan menerima wang suapan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Dia dituduh menerima rasuah bermilai S$240,000 sebanyak dua kali antara 28 Dis 2017 dengan 7 Mei 2018 daripada Fullerton Healthcare Group melalui Straits Priority Consulting.

Menurut kertas tuduhan, wang suapan itu adalah sebagai dorongan untuk memajukan kepentingan perniagaan kumpulan penjagaan kesihatan dengan Aon Singapore.

Ketika itu, Chiew ialah Ketua Pegawai Eksekutif Aon Singapura.

Chiew ditawarkan wang jamin S$100,000. Kesnya akan disebut lagi pada Januari.

Hukuman mendapat wang suapan ialah penjara sehingga lima tahun, denda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.

Mediacorp sudah menghubungi Fullerton Healthcare Group dan Aon Singapore untuk maklumat lanjut.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita