Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CEO StarHub lepaskan jawatan kerana isu kesihatan anggota keluarga

StarHub, syarikat telko kedua terbesar Singapura, mengumumkan pada Isnin (27 Jul) bahawa ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Peter Kaliaropoulos akan melepaskan jawatannya pada 31 Okt atas sebab keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO StarHub lepaskan jawatan kerana isu kesihatan anggota keluarga

Ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Peter Kaliaropoulos. (Gambar: StarHub)

Diterbitkan : 28 Jul 2020 12:21PM Dikemas Kini : 28 Jul 2020 12:29PM

SINGAPURA: StarHub, syarikat telko kedua terbesar Singapura, mengumumkan pada Isnin (27 Jul) bahawa ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Peter Kaliaropoulos akan melepaskan jawatannya pada 31 Okt atas sebab keluarga.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh StarHub pada Isnin setelah perdagangan di Bursa Singapura ditutup, Encik Kaliaropoulos berkata bahawa beliau akan pulang ke Sydney, Australia untuk berada lebih dekat dengan keluarganya kerana "hal serius berkaitan kesihatan seorang anggota keluarga rapat yang tidak dijangkakan".

Lembaga StarHub akan memulakan dengan serta merta pencarian global untuk seorang CEO baru, menurut kenyataan itu.

Encik Kaliaropoulos, 61, mengambil alih jawatan sebagai CEO StarHub pada Jul 2018 dan mula mengubah syarikat itu sebagai tindak balas kepada cabaran yang dihadapi industri telko.

Dalam satu panggilan sidang audio dengan pihak media selepas pengumuman StarHub, Encik Kaliaropoulos berkata bahawa beliau terlibat dalam industri telekomunikasi selama lebih 40 tahun dan menikmati tugas dalam mengharungi cabaran-cabarannya.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan