Skip to main content

Singapura

CEO SIA Group mohon maaf insiden topeng oksigen diaktifkan dalam penerbangan Scoot

Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Airlines Group Goh Choon Phong pada Rabu (27 Mac) meminta maaf atas "rasa cemas dan kesulitan" yang ditimbulkan selepas topeng oksigen dikeluarkan dalam penerbangan Scoot TR996.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO SIA Group mohon maaf insiden topeng oksigen diaktifkan dalam penerbangan Scoot

Topeng oksigen dikeluarkan dalam sebuah penerbangan Scoot dari Singapura semasa ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di Taipei. (Gambar: 张福麟/8WorldNews)

Diterbitkan : 28 Mar 2019 09:32AM Dikemas Kini : 28 Mar 2019 09:35AM

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Airlines Group Goh Choon Phong pada Rabu (27 Mac) meminta maaf atas "rasa cemas dan kesulitan" yang ditimbulkan selepas topeng oksigen dikeluarkan dalam penerbangan Scoot TR996.

"Kami sedia maklum bahawa langkah berjaga-jaga oleh para juruterbang kami menimbulkan rasa cemas dan kesulitan kepada penumpang kami. Untuk itu, kami memohon maaf," katanya. "Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para penumpang kerana sabar dan memahami keadaan."

Para juruterbang itu sedang mengendalikan pesawat Airbus A320-200 yang membawa 178 penumpang dari Singapura ke Taipei bila insiden tersebut berlaku.

Topeng oksigen diaktifkan semasa penerbangan, sedang pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di Taipei pada Ahad (24 Mac). Tiada orang dilaporkan cedera. Namun, seorang penumpang mendakwa bahawa bayinya muntah semasa pesawat sedang melakukan pendaratan.

Scoot juga memberikan perkembangan terkini tentang insiden tersebut. Ia menyatakan bahawa tekanan udara dalam kabin berkurangan sedikit semasa para juruterbang pesawat berkenaan menghidupkan unit tenaga tambahan (back-up power unit). Ia dilakukan bagi mengelakkan pesawat daripada mendarat dengan membawa bahan api yang berlebihan.

"Meskipun keselamatan penerbangan tidak terjejas, para juruterbang memutuskan untuk mengaktifkan topeng oksigen sebagai langkah berjaga-jaga, sambil mengambil kira keselamatan para penumpang," tambahnya.

"Scoot juga berterima kasih kepada pihak berkuasa dan para pegawai di lapangan terbang Taipei atas bantuan yang disediakan."

Operasi pesawat berkenaan sedang digantung bagi siasatan. Pemeriksaan tambahan akan dijalankan sebelum pesawat itu kembali beroperasi. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita