CEO SBS Transit letak jawatan atas 'kesilapan dalam kelakuan'
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah eksekutif SBS Transit Gan Juay Kiat, 61 tahun, meletak jawatan atas "kesilapan-kesilapan dalam kelakuan".
Gambar fail Encik Gan Juay Kiat. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah eksekutif SBS Transit Gan Juay Kiat, 61 tahun, meletak jawatan atas "kesilapan-kesilapan dalam kelakuan".
Lim Jit Poh, pengerusi syarikat pengangkutan itu, memberitahu Mediacorp hari ini (28 Dis) bahawa Encik Gan meletak jawatan pagi tadi dan "melahirkan kekesalan mendalam di atas tindakannya".
Namun, tidak jelas apakah tindakan tersebut.
Encik Lim berkata: "Beliau menerima tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan dalam kelakuan dan lembaga pengarah sudah menerima peletakan jawatannya."
"Kami kehilangan seorang CEO yang baik, yang menyumbang besar kepada sistem pengangkutan awam di Singapura," tambahnya.
Encik Gan akan berhenti berkhidmat pada 27 Mac depan, menurut satu pengumuman oleh syarikat yang dimiliki ComfortDelGro itu di Bursa Saham Singapura (SGX) hari ini (28 Dis).
Menurut pengumuman itu, Encik Gan yang dilantik sebagai CEO dan pengarah eksekutif pada 1 Mac 2010 "meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.