Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CEO PropNex Ismail Gafoor hulur derma S$1 juta kepada MENDAKI bantu 700 pelajar Melayu/Islam

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Ismail Gafoor menghulurkan derma bernilai S$1 juta kepada  MENDAKI untuk membiayai biasiswa, dermasiswa dan skim sokongan baru yang akan memanfaatkan lebih 700 pelajar Melayu/Islam dari 2022 hingga 2025.

Ia merupakan satu kolaborasi antara Yayasan MENDAKI dengan Encik Ismail Gafoor, CEO Propnex bagi menyediakan bantuan yang holistik dan khusus kepada pelajar Melayu/Islam untuk melanjutkan pengajian mereka.

Majlis bagi menandatangani perjanjian antara Yayasan MENDAKI dengan CEO PropNex Encik Ismail diadakan pada Selasa (28 Dis).

Biasiswa MENDAKI - GAFOOR PROPNEX, Dermasiswa ETF - GAFOOR PROPNEX dan Dana Bimbingan Matematik dilancarkan di bawah perjanjian yang dimeterai itu. 

Di bawah perjanjian tersebut, skim-skim itu akan menyediakan peluang kepada para pelajar Melayu/Islam yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dan mencapai impian mereka.

Biasiswa MENDAKI - GAFOOR PROPNEX bermatlamat untuk menyokong mahasiswa universiti, manakala dermasiswa ETF - GAFOOR PROPNEX pula akan menyokong para pelajar daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik. 

Dana Bimbingan Matematik akan menawarkan sokongan khusus kepada para murid sekolah rendah.

Dengan termeterainya perjanjian tersebut, skim-skim itu akan menyediakan peluang untuk para pelajar Melayu/Islam yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dan mencapai impian mereka. 

Turut hadir untuk menyaksikan majlis penandatangan perjanjian antara MENDAKI dengan Encik Ismail Gafoor ialah Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merangkap Pertahanan Zaqy Mohamad yang juga adalah Timbalan Pengerusi Yayasan MENDAKI.

"Saya berharap lebih ramai individu yang berkongsi wawasan yang sama akan mengikut jejak langkah Encik Ismail Gafoor dan tampil untuk bekerjasama dengan MENDAKI dan menawarkan biasiswa dan peluang serupa sebagai perjalanan kita untuk sama-sama membina sebuah masyarakat yang cemerlang," ujar Encik Zaqy.

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan