Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CEO PERSISI, Sheikh Alau'ddin diberkas; disiasat terbabit kes pecah amanah

Anggaran Waktu Membaca:
CEO PERSISI, Sheikh Alau'ddin diberkas; disiasat terbabit kes pecah amanah

Gambar: sheikalauddinym/Instagram

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (PERSISI), Sheikh Alau'ddin Yacoob Marican diberkas polis bagi siasatan kes pecah amanah.

Dalam responsnya kepada pertanyaan BERITA Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan: "Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura telah diberkas pada 23 November 2023 bagi kes pecah amanah. Kami tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan."

Jurucakap Sport Singapore (SportSG) pula memberitahu BERITA Mediacorp bahawa pihaknya sedia maklum tentang siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD).

"SportSG sedia maklum tentang siasatan yang sedang dijalankan CAD terhadap sesuatu yang tidak kena pada kedudukan kewangan PERSISI melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya. Sehingga kini, kami bekerja rapat dengan PERSISI untuk melindungi sebarang risiko lanjutan berkaitan kedudukan kewangannya dan memastikan para atlit Pasukan Silat Singapura terus diberi sokongan bagi latihan mereka," menurut jurucakap SportSG.

PERSISI kini sedang membuat persiapan bagi menganjurkan Kejohanan Pencak Silat Dunia yang ke-20 dari 27 hingga 31 Disember ini.

Satu sesi bersama media sepatutnya diadakan pada 24 November 2023 di Peninsula Excelsior Singapore namun pihak media dimaklumkan sesi itu dijadualkan semula pada 23 November.

Beberapa syarat baharu dijangka akan diumumkan.

Sheik Alau'ddin pernah menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia pada tahun 1990.

Sheik Alau'ddin juga pernah menerima Pingat Bakti Masyarakat pada 2000.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan