Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CEO No Signboard Holdings digantung tugas sehingga kes tetapkan harga selesai

Anggaran Waktu Membaca:
CEO No Signboard Holdings digantung tugas sehingga kes tetapkan harga selesai

Gambar: Facebook/ThreeBestRated.Sg

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) No Signboard Holdings sudahpun digantung daripada kesemua tugas selaku eksekutif. Ini setelah dia didakwa atas kesalahan menetapkan harga lebih tinggi demi meraih keuntungan, dedah pengendali restoran tersebut dalam satu kenyataan pada Selasa (8 Ogos).

Sam Lim Yong Sim, yang juga merupakan pengerusi eksekutif syarikat tersebut, didakwa pada 27 Julai lalu atas tiga tuduhan melakukan perdagangan palsu dan memanipulasi pasaran kewangan secara haram demi keuntungan (market rigging).

Lelaki berusia 46 tahun itu dituduh membuat pesanan bagi saham No Signboard Holdings, dan perdagangan dalam saham dilaksanakan menerusi akaun Gugong - pemegang saham utama No Signboard Holdings - untuk menaikkan atau menyokong harga tersebut.

Syarikat tersebut menyatakan pada Selasa bahawa Lim telah diarahkan untuk mengambil cuti ketidakhadiran, termasuk penggantungan daripada kesemua tanggungjawab eksekutif sebagai CEO.

Dia akan kekal sebagai seorang pengarah semasa penggantungan tugas, tambah syarikat itu.

Penggantungan tugas itu, yang akan berkuat kuasa mulai Selasa, sedang Prosiding "berhubung dakwaan itu juga masih dijalankan".

"Dalam membuat keputusan ini, lembaga tersebut mengambil kira saranan dan pandangan NC (jawatankuasa pemilihan) termasuk betapa seriusnya dan sifat dakwaan itu serta kesan negatif tuduhan tersebut yang sewajarnya dijangkakan terhadap keyakinan pemegang saham minoriti syarikat tersebut.

Pengarah bukan eksekutif Lim Teck-Ean akan mengambil alih sebagai CEO interim dan ditugaskan ke peranan lain sebagai pengarah eksekutif.

"Tumpuan segera bagi Encik Lim Teck-Ean dan lembaga tersebut adalah untuk mendapatkan kelulusan Perdagangan Sekuriti Bursa Singapura (SGX-ST) supaya menyambung semula perdagangan saham syarikat tersebut," jelas syarikat itu.

Lembaga No Signboard Holdings menambah bahawa ia tidak menjangkakan dakwaan atau penggantungan tugas untuk menjejas operasi atau keupayaan perniagaan sedia ada untuk menyambung semula perdagangan sahamnya.

Menurut pengumuman syarikat kepada Bursa Singapura (SGX) pada 25 Julai lalu, saham tersebut digantung perdagangannya sejak 24 Januari 2022.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan