Skip to main content

Singapura

CEO Frasers Hospitality Trust dilantik ketua baru SLA

Ketua pegawai eksekutif Frasers Hospitality Trust dilantik sebagai ketua baru Penguasa Tanah Singapura (SLA), berkuat kuasa mulai 12 April, menurut Kementerian Undang-Undang pada Rabu (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Frasers Hospitality Trust dilantik ketua baru SLA

Encik Colin Low Hsien Yang (kiri) akan menggantikan Encik Tan Boon Khai (kanan) sebagai ketua eksekutif baru Penguasa Tanah Singapura.

Diterbitkan : 24 Mar 2021 04:39PM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 04:40PM

SINGAPURA: Ketua pegawai eksekutif Frasers Hospitality Trust dilantik sebagai ketua baru Penguasa Tanah Singapura (SLA), berkuat kuasa mulai 12 April, menurut Kementerian Undang-Undang pada Rabu (24 Mac).

Encik Colin Low Hsien Yang akan menggantikan Encik Tan Boon Khai, yang dilantik sebagai ketua eksekutif JTC Corporation (JTC) pada 1 Sep 2020.

Encik Simon Ong Hung Eng, timbalan ketua eksekutif SLA akan melepaskan jawatan sebagai pemangku ketua eksekutif pada 12 Apr, menurut kementerian undang-undang.

Encik Low, 44 tahun kini adalah ketua pegawai eksekutif Frasers Hospitality Trust, sebuah amanah pelaburan hartanah hospitaliti yang tersenarai dalam Bursa Singapura.

Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam pelaburan dan pembangunan perniagaan korporat, merangkumi hospitaliti, runcit, dan kelas aset lain dalam sektor swasta.

Sebelum ini, Encik Low merupakan ketua hartanah pelaburan hotel bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika di CBRE Hotels yang berpangkalan di London.

"Kementerian Undang-Undang dan SLA mengalu-alukan Encik Low dan kepimpinannya dalam usaha berterusan SLA untuk mengoptimumkan sumber tanah bagi perkembangan ekonomi dan sosial Singapura," menurut kementerian itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita