Celik digital penting untuk bantu pekerja ada yakin diri gunakan teknologi: Ong Ye Kung
Seramai 17,000 orang dewasa sudahpun dilatih dalam bidang teknologi seperti analisis data di bawah satu siri kursus SkillsFuture.
SINGAPURA: Seramai 17,000 orang dewasa sudahpun dilatih dalam bidang teknologi seperti analisis data di bawah satu siri kursus SkillsFuture.
Kadar celik digital di tempat kerja, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung, adalah penting kerana ia membantu para pekerja meraih keyakinan diri dalam penggunaan teknologi.
Encik Ong berkata demikian di satu pesta kerjaya untuk para belia yang berlangsung siang tadi (1 Jun).
Menurut Encik Ong, program SkillsFuture Digital di Tempat Kerja mula diperkenalkan 18 bulan lalu untuk membantu para pekerja menimba pemahaman asas tentang teknologi-teknologi terkini.
Kursus-kursus tersebut termasuk analisis data, media digital dan keselamatan siber.
Encik Ong menambah semua orang harus selesa dengan bacaan data, penggunaan peralatan dan teknologi.
Pesta kerjaya tersebut menyasarkan para belia untuk mereka lebih memahami keperluan berubah-ubah di tempat kerja dan membantu mereka merancang kerjaya masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.