Cef dipenjara 4 minggu kerana serang rakan kerja dengan pisau
Seorang cef yang menyerang rakan sekerjanya dengan pisau ketika mereka sedang menyiapkan bahan masakan, dihukum penjara selama empat minggu pada Selasa (26 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang cef yang menyerang rakan sekerjanya dengan pisau ketika mereka sedang menyiapkan bahan masakan, dihukum penjara selama empat minggu pada Selasa (26 Nov).
Tiew Cher Suay, 58 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan ugutan jenayah.
Lagi satu tuduhan kerana bertindak terburu-buru turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Tiew dan mangsa, yang juga berusia dalam lingkungan usia 50-an tahun, bekerja sebagai cef di restoran Little Italy di Woodleigh Mall.
Pada 31 Mac lalu, mereka berdua sedang menyiapkan bahan-bahan masakan di dapur apabila mangsa menyuruh Tiew menyimpan makanan dalam bekas yang sewajarnya.
Tiew bagaimanapun merasakan seolah-olah mangsa telah memberikannya lebih banyak tugasan daripada yang mampu dijalankannya, terutama sekali kerana dia seorang pekerja baharu, kata Timbalan Pendakwa Raya Yee Jia Rong.
Tiew kemudian menjerit ke arah mangsa yang mengundurkan diri selepas itu.
Selepas itu, Tiew mengambil sebilah pisau sepanjang 38 sentimeter lalu mengacukannya ke arah mangsa.
Mangsa sempat menahan Tiew dan mencegahnya daripada menghayunkan tangannya.
Beberapa kakitangan di restoran itu cuba meleraikan kedua-dua lelaki tersebut dan Tiew diberkas pada hari yang sama.
Mangsa mengalami luka pada bahagian tangan akibat bergelut dengan Tiew dan diberikan cuti sakit selama tiga hari.
Encik Yee mengusulkan tempoh penjara selama empat hingga lima minggu bagi Tiew, sambil berhujah bahawa dia menggunakan pisau yang panjang dan tindakannya bukan disebabkan oleh provokasi mangsa.
Pihak pendakwa juga menyebut kesalahan lalu yang pernah dilakukan oleh Tiew sebelum ini, yang termasuk kekerasan jenayah dan bertindak terburu-buru pada 2008.
Peguam bela Anil Singh mengusulkan hukuman penjara selama tiga minggu dan berhujah bahawa anak guamnya mengalami masalah daya intelektual ringan.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.