Cef 65 tahun kini bebas barah prostat selepas jalani keadah inovatif kurangkan kesan sampingan rawatan radiasi di NUH
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jangan abaikan tanda-tanda kesihatan seperti kesukaran atau kesakitan ketika membuang air kecil, terutama lelaki yang berumur 50 tahun ke atas.
Demikian nasihat Pakar Perubatan Tetap Kanan, Jabatan Onkologi Radiasi, Institut Barah Universiti Nasional Singapura Dr Syadwa Abdul Shukor
BARAH PROSTAT PALING MENJEJAS LELAKI SG

Dr Syadwa menjelaskan bahawa bilangan pesakit barah prostat di Singapura menunjukkan trend meningkat.
"Kalau dilihat data yang dilaporkan oleh Daftar Barah Singapura, barah prostat ini adalah barah yang paling utama, yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki di Singapura dan kami dapati trend ia semakin meningkat. Setakat ini faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kenaikan kes-kes barah prostat ini disebabkan antaranya ialah usia.
"Kita tahu di Singapura ini penambahan kumpulan warga tua memang sangat tinggi. Jadi barah prostat memang sering berlaku untuk pesakit yang usia lebih daripada 50 tahun. Faktor yang kedua, faktor obesiti disebabkan perubahan gaya hidup, perubahan pola makanan yang tidak sihat juga boleh menyumbang risiko barah prostat ini," jelas beliau.
Menurut laporan Tahunan Daftar Barah Singapura pada 2023, dalam tempoh lima tahun antara 2017 hingga 2021, barah prostat merupakan barah yang paling menjejas kaum lelaki Singapura, mengatasi barah kolorektal serta paru-paru.
Ia menyumbang kepada 16.8 peratus daripada kesemua barah yang dihidapi kaum Adam Singapura.
Kadar kematian akibat barah prostat pula sekitar 6.7 peratus.
LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL KESAN BARAH PROSTAT
Lantaran itu, Dr Syadwa menasihatkan mereka yang dalam lingkungan usia tersebut untuk menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit seperti barah prostat.
Namun ini tidak bermakna lelaki berusia di bawah 50 tahun langsung tiada risiko mendapat barah prostat.
"Untuk yang umur kurang dari 50 tahun bukan kita kata mereka tidak akan ada risiko untuk dapat kanser prostat tetapi peratusan yang kami selalu jumpa adalah pesakit yang berumur 50 tahun. Jika ada tanda-tanda kenalah jumpa doktor untuk buat pengesanan," nasihat Dr Syadwa.
SUKAR BUANG AIR KECIL - ANTARA SIMPTOM
Antara tanda-tanda awal yang dialami seorang bekas pesakit barah prostat, Encik Zulkiffli Baba, 65 tahun adalah sukar untuk membuang air kecil.
Pemeriksaan awal mendapati kelenjar prostatnya membesar sehingga menyebabkan pundi-pundi kencingnya terhimpit.
"Pada mulanya saya terkena COVID. Jadi apabila saya hendak buang air kecil, saya rasa macam terlalu sakit. Nafas saya seperti tidak ada, hendak keluarkan air (kencing) itu pun susah keluar," dedah Encik Zulkiffli.
Beliau yang bertugas sebagai seorang cef di hotel kemudian menjalani ujian lanjut.
Pada Disember 2022, doktor mengesahkan Encik Zulkiffli menghidap barah prostat tahap 2.
Menurut Dr Syadwa, barah prostat pada peringkat awal biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala.
Penyakit itu biasanya dikesan melalui ujian darah saringan yang dipanggil ujian Antigen Spesifik Prostat (PSA).
"Selalunya kanser prostat ini, simptom atau gejala dia selalunya tidak berapa teruk. Pesakit barah pada peringkat awal selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda seperti sukar hendak kencing, kerap kencing, kadang-kadang ia selalu diambil ringan oleh kaum lelaki dan (mereka) tidak berjumpa doktor," kata Dr Syadwa.
"Kebanyakan pesakit yang bila kami jumpa, bila kami tanya simptom-simptom ini sudah berlanjutan. Mungkin ada yang berbulan atau bertahun dan bila dia semakin teruk, baharu berjumpa doktor. Satu perkara tentang kanser prostat berbanding dengan kanser-kanser lain ialah ia barah yang merebak secara perlahan, yang tidak terlalu agresif," tambahnya.
KAEDAH INOVATIF KURANGKAN SIMPTOM RAWATAN RADIASI DI NUH

Selain pembedahan, radioterapi dan ubat, kini terdapat satu lagi kaedah rawatan seperti yang dijalani Encik Zukliffli.
Doktor pakarnya Dr Arshvin Kesavan dari Jabatan Urologi, NUH mendapatinya sesuai untuk menjalani rawatan inovatif yang menggunakan Gel Penjarak Rektum.
Kaedah itu mengurangkan risiko kerosakan berkaitan sinaran radiasi sebanyak kira-kira 50 peratus.
"Gel Penjarak Rektum adalah satu peranti perubatan yang dia diperbuat daripada bahan seperti gel. Fungsinya untuk menambah ruang ataupun jarak antara kelenjar prostat dan juga rektum atau dubur semasa pesakit menjalani rawatan radioterapi Apabila dijarakkan, ada ruang untuk mengurangkan kesan sampingan kepada rektum di mana bila rektum mendapat sinaran radiasi akan berlaku kesan-kesan sampingan yang kita namakan keradangan rektum atau radiation proctitis," terang Dr Syadwa.
Gel itu akan disuntik di kawasan antara kelenjar prostat dan rektum dengan bantuan ubat bius dalam prosedur yang mengambil masa sekitar 15 minit.

Tambahnya, gel itu dapat bertahan untuk selama untuk enam bulan hingga ke sembilan bulan sepanjang tempoh pesakit menjalani rawatan radioterapi.
Sejak diperkenalkan pada Mei 2022, sekitar 150 pesakit sudah meraih manfaat daripadanya.
Prosedur itu telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan, tanpa kesan sampingan yang teruk dalam kalangan pesakit.
"Daripada data yang kami kumpulkan selepas mereka dapat buat prosedur ni dan tamat rawatan radioterapi, laporan mendapati kadar keradangan rektum berkurang secara drastik," kongsi Dr Syadwa.
Encik Zulkiffli kini sudah sembuh sepenuhnya.
"Saya boleh katakan lepas enam bulan, proses itu (termasuk ) ambil darah semua dan saya (jalani rawatan) radiasi. Doktor sahkan bebas barah sepenuhnya, saya pun gembira rawatan ini berjaya," kata beliau.
Beliau kini hanya perlu berjumpa Dr Arshvin setahun sekali bagi pemeriksaan darah untuk memastikan sel barah tidak kembali.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.