Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CEC PAP lantik Heng Swee Keat sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertama PAP

Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Jumaat (23 Nov) dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2018 05:38PM Dikemas Kini : 23 Nov 2018 10:35PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Jumaat (23 Nov) dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP). 

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pula, yang sebelum ini juga disebut-sebut sebagai salah seorang calon utama bagi jawatan tertinggi itu, dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Kedua.

Jawatan pengerusi parti kini disandang Menteri Kesihatan Gan Kim Yong sementara Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, dilantik sebagai Naib Pengerusi.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong kekal sebagai Setiausaha Agung PAP.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung, orang ketiga yang dikenal pasti sebagai salah seorang calon pengganti PM Lee, dilantik sebagai Penolong Bendahari.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dilantik sebagai Bendahari.

Pada 11 Nov, kian ramai pemimpin generasi keempat Singapura membarisi kepimpinan teras parti setelah dilantik atau dipilih masuk ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Anggota lain CEC termasuk: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, Menteri Tenaga Kerja Manusia Josephine Teo, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah dan Ng Chee Meng serta Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.

Beberapa pemimpin kanan turut melepaskan jawatan sebagai persiapan bagi pembaharuan PAP menjelang Pilihan Raya Umum yang dijangka berlangsung menjelang 2021. PM Lee, 66 tahun, mengatakan beliau ingin bersara apabila usianya menjejaki 70 tahun.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan