CEA timbang tetapkan jumlah urus niaga minimum untuk ejen hartanah kekal berdaftar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Tang See Kit/CNA
SINGAPURA: Majlis Agensi Hartanah (CEA) sedang menimbangkan sama ada ejen-ejen hartanah perlu menjalankan jumlah urus niaga minimum untuk kekal berdaftar dengan pengawal selia itu.
Di Singapura, para ejen hartanah mesti lulus peperiksaan dan berdaftar dengan CEA melalui agensi hartanah berlesen sebelum mereka boleh menjalankan sebarang kerja agensi hartatanah.
Pendaftaran diperbaharui setiap tahun, dengan ejen hartanah perlu memenuhi kriteria seperti mencatat masa sekurang-kurangnya enam jam latihan.
Buat masa ini, ejen-ejen hartanah tidak perlu memenuhi jumlah transaksi minimum untuk memperbaharui pendaftaran mereka.
Semakan terbaharu oleh CEA diumumkan menyusuli "risiko yang berpotensi ditimbulkan oleh ejen hartanah yang tidak menjalankan urus niaga secara kerap" dan ia dibangkitkan semasa sesi penglibatan industri.
Keprihatinannya ialah ejen-ejen yang tidak aktif itu "mungkin kurang biasa dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan baharu, proses transaksi hartanah dan trend pasaran, yang secara tidak sengaja boleh menjejaskan ketepatan nasihat yang diberikan kepada pelanggan", menurut jurucakap CEA kepada Mediacorp.
Menurut CEA, ia akur dan sedia maklum tentang keprihatinan tersebut dan sedang mengkaji sama ada ia akan memperkenalkan keperluan untuk ejen hartanah "menjalankan jumlah transaksi minimum bagi hartanah untuk memperbaharui pendaftaran mereka".
“Sebagai sebahagian daripada semakan itu, CEA sedang mendapatkan maklum balas pihak-pihak berkepentingan dalam industri tersebut untuk menilai pendekatan bagi keperluan sedemikian dan meneroka bagaimana ia boleh dilaksanakan dengan berkesan,” tambah jurucakap CEA.
Singapura telah menyaksikan peningkatan yang stabil pada jumlah ejen hartanah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
CEA mempunyai 35,251 ejen hartanah berdaftar sejak 1 Jan 2024.
Jumlah ejen baharu kekal lebih 2,000 setiap tahun antara 2021 dan 2023. Kira-kira 70 peratus daripada mereka berumur 30-an dan 40-an tahun.
Sepanjang tempoh yang sama, purata tahunan sekitar 1,200 ejen tidak memperbaharui pendaftaran mereka, dedah CEA.
Mengenai sama ada ia memantau jumlah ejen yang tidak aktif, pengawal selia itu berkata ia hanya mengumpul dan menerbitkan rekod urus niaga hartanah yang dijalankan oleh ejen-ejen hartanah.
Berdasarkan rekodnya dari 2021 hingga 2023, purata 40 peratus ejen hartanah tidak menyelesaikan sekurang-kurangnya satu urus niaga hartanah setiap tahun sepanjang tempoh tersebut.
Eejen-ejen hartanah itu mungkin menguruskan transaksi hartanah komersial atau perindustrian atau memegang peranan kepimpinan dalam menyelia ejen-ejen lain, menurut jurucakap CEA.

Sumber : CNA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.