Skip to main content

Singapura

CEA kaji tahap profesionalisme ejen hartanah; persiapan harungi cabaran hari muka

Majlis Agensi Hartanah (CEA) sedang melakukan kajian bagi meningkatkan tahap profesionalisme ejen-ejen hartanah serta mempersiapkan mereka untuk cabaran masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2021 09:20PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 09:23PM

SINGAPURA: Majlis Agensi Hartanah (CEA) sedang melakukan kajian bagi meningkatkan tahap profesionalisme ejen-ejen hartanah serta mempersiapkan mereka untuk cabaran masa depan.

Demikian pendedahan Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah semasa berucap di Kongres Tahunan Huttons pada Khamis (5 Ogos).

Beliau turut menekankan peranan yang perlu dimainkan para ejen rumah, apabila model baru estet perumahan awam di lokasi-lokasi utama, termasuk di kawasan CBD.

"Kita harus komited dalam memastikan estet-estet perumahan kita kekal inklusif dan pelbagai, supaya kekal mencerminkan masyarakat umum kita," kata Cik Indranee.

"Kami berharap, dalam anda menjalankan tugas, anda dapat bantu warga Singapura faham tentang perlunya sesuatu peraturan, serta bantu mereka memahami dasar-dasar baru menerusi nasihat yang bernas dan profesional." 

Sumber : CNA/IQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita