Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CDC Timur Laut; SingHealth pergiat usaha galak wanita lakukan mamogram

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Cik Maimunah Abdullah, 62 tahun, mula melakukan pemeriksaan mamogram pada 2006, selepas menjalani pembedahan histerektomi.

Histerektomi adalah prosedur pembedahan yang dilakukan untuk membuang rahim.

Sejak itu, beliau perlu menjalani Terapi Penggantian Hormon (HRT).

Gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri

Atas nasihat doktor, Cik Maimunah kemudian digalakkan untuk menjalani pemeriksaan mamogram setiap tahun sehingga 2010.

Selepas itu beliau melakukannya dua tahun sekali.

"Doktor suruh saya buat mamogram tahunan. Dari mamogram, (kita) dapat tahu jika ada yang tidak normal dalam payudara kita ke apa, sebab keluarga saya juga ada sejarah barah," kata Cik Maimunah

PERLU KELUARKAN WANG SENDIRI HINGGA S$280 UNTUK PEMERIKSAAN MAMOGRAM PRIVET

Cik Maimunah pada mulanya dapat menggunakan insurans untuk membiayai kos pemeriksaan mamogram.

"Dulu memang, kosnya tinggi tetapi Alhamdulillah saya boleh tuntut insurans pada masa itu. Tetapi selepas itu, saya terpaksa belanja sendiri. Setiap kali pergi mamogram, perlu keluarkan belanja sendiri," ujar Cik Maimunah kepada BERITAmediacorp.

"Sebab saya di bawah privet jadi setiap kali pergi membuat pemeriksaan mamogram, saya perlu bayar S$280. Itu baru mamogram dan kalau saya perlu membuat Ultrabunyi, lagi S$200 hingga S$300," tambahnya. 

Cik Maimunah akur ada kaum hawa yang ragu-ragu untuk melakukan pemeriksaan awal.

"Mereka takut kosnya tinggi jadi mereka takut bila pergi mamogram dapat tahu ada apa-apa, tentang diri mereka ada barah payudara ke apa. Mereka takut kosnya, tentu belanja besar," kongsi Cik Maimunah. 

ADA YANG BIMBANG TENTANG KOS-KOS SUSULAN JIKA BARAH DIKESAN 

Gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri

Menurut Pengurus Besar Yayasan Barah Payu Dara (BCF) Singapura, Cik Susan Leen, ramai wanita bimbang akan rawatan susulan, lantas menunda pemeriksaan.

"Kos adalah satu faktor buat sesetengah orang terutama sekali mereka yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi kerana mereka bimbang dengan keputusan ujian-ujian itu. Jadi mereka bukan sahaja bimbang tentang kos satu kali tetapi apa yang akan terjadi seterusnya," kongsi Cik Leen. 

"Ada juga sebab biasa seperti takut sakit akibat pemeriksaan mamogram, seperti kesakitan pada payudara dan ada juga yang takut akan radiasi," tambah beliau. 

PENDIDIKAN AWAM UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG KEPENTINGAN PEMERIKSAAN DAN PENGESANAN AWAL

Gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri

Lantaran itu usaha sedang dipergiat untuk menggalakkan kaum wanita supaya melakukan pemeriksaan awal.

"Ada yang takut jika mereka pergi pemeriksaan mamogram, ia akan merosakkan payudara mereka atau ia boleh mengakibatkan barah. Jadi ini tidak benar dan kami di sini untuk mendidik, menyokong dan memaparkan beberapa kepalsuan itu," ujar Cik Leen.

"Yang penting ialah jika mereka pergi pemeriksaan mamogram dan dikesan awal, hasilnya ialah rawatan awal yang dapat menyelamatkan nyawa dan payudara," tambah beliau.

Majlis Pembangunan Masyarakat Timur Laut (NECDC) dan SingHealth bakal melancarkan “Dana Sokongan Pejuang Barah Timur Laut” pada hujung minggu ini.

Ia mahu meningkatkan kesedaran dan faedah pengesanan dan rawatan awal barah payu dara dalam kalangan penduduk di kawasan itu.

Orang ramai boleh mendaftar melalui laman ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan