CDC Timur Laut rancang pertingkat program dampingi warga emas lemah
Para sukarelawan merancang untuk melawat warga tua dengan lebih kerap di estet-estet daerah Timur Laut.
SINGAPURA: Para sukarelawan merancang untuk melawat warga tua dengan lebih kerap di estet-estet daerah Timur Laut.
Buat masa ini, pasukan-pasukan jagaan mengunjungi warga emas yang lemah, sekitar sebulan sekali saja.
Rancangan itu diumumkan di luar satu acara kemasyarakatan di Punggol.
Para sukarelawan belia dari Young NTUC membantu untuk mengemas rumah dan menemani warga tua di kejiranan tersebut.
Datuk Bandar CDC Timur Laut Desmond Choo berkata, sokongan sosial adalah penting bagi warga tua yang tinggal sendirian sedang pandemik sekarang mengganggu kegiatan mereka.
Pasukan-pasukan jagaan terlatih di CDC Timur Laut diharapkan dapat lebih kerap melawat warga emas secara peribadi mahupun menerusi persidangan video.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.