Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CDC Timur Laut lancar program pekerjaan bagi golongan kurang daya intelek

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2022 09:51PM Dikemas Kini : 20 Jun 2022 10:44PM
SINGAPURA: CDC Timur Laut melancarkan satu program perintis yang memberi peluang-peluang pekerjaan bagi golongan kurang daya intelek.

Kumpulan pertama sepuluh pekerja sedemikian kini diambil bekerja sebagai pekebun dan pekerja pembersihan di kawasan Tampines.

CDC itu berharap meluaskan lagi program itu kepada lagi 20 anggota kurang daya intelek menjelang tahun depan.

Projek perintis selama setahun itu adalah kerjasama antara CDC Timur Laut dan Pergerakan bagi Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (MINDS).

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Masagos Zulkifli berkata, menerusi projek perintis itu, ia akan memberikan para pesertanya pengalaman bekerja bagi jangka panjang.

Ia juga katanya akan membina keyakinan golongan tersebut dan melengkapkan mereka dengan kemahiran bagi meningkatkan peluang pekerjaan.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan