CDC Timur Laut lancar dana baharu S$9 juta bantu penduduk tangani kos sara hidup
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Sebuah dana bernilai S$9 juta akan digunakan untuk membantu penduduk di kawasan timur laut menangani kebimbangan tentang kos sara hidup.
Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Timur Laut berkata wang itu juga akan digunakan untuk memperkenalkan inisiatif baharu
dan keperluan penduduk yang berubah-ubah.
Sebanyak S$5 juta daripada dana itu hasil sumbangan daripada kerjasama baharu dengan lima rakan kongsi.
Perjanjian baharu itu akan mengukuhkan program dan skim bantuan sedia ada.
CDC itu juga akan melancarkan inisiatif seperti latihan bagi masyarakat dan peluang bimbingan,
serta bantuan menyeluruh untuk kanak-kanak bersekolah pada tahun hadapan.
Datuk Bandar Desmond Choo berkata penduduk boleh menjangkakan dua perubahan besar.
"Satu ialah jumlah bantuan lebih tinggi, sokongan dalam pendidikan dan kesihatan serta mengurangi kesan kos sara hidup. Penduduk muda kami juga boleh akan diberi sokongan dari segi latihan berstruktur yang lebih baik.
"Ini disasarkan kepada penduduk yang kurang bernasib baik dan tidak mempunyai akses kepada latihan amali yang bermutu dalam bidang pengajian mereka," jelas beliau.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.