Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CDC Tenggara orak langkah perkasa, sokong belia jalankan kerja kemasyarakatan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu perkara tentang Singapura, belia-belianya suka melakukan kerja-kerja sukarela.

Data bahkan menunjukkan bilangan anak muda yang giat menyumbang bakti kepada masyarakat kini lebih tinggi berbanding sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Namun usaha mereka boleh sahaja terhambat sekiranya kurang tahu-menahu tentang, misalnya, cara menjalankan projek amal yang dirancang sendiri.

Menyedari perkara ini, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Tenggara melancarkan satu inisiatif baru dipanggil South East-Youth Ambassadors! atau singkatannya, SE-YA!.

Inisiatif ini akan menyatukan inisiatif-inisiatif para belia di CDC Tenggara, sekali gus merangkumkan sumber-sumber demi mengasah kemahiran kepimpinan serta menyokong lebih baik aspirasi mereka.

"CDC Tenggara selaku orang tengah sosial dalam masyarakat, berada di kedudukan sangat baik di mana para belia boleh diperkasa, mendapat bimbingan anggota-anggota kami dan memanfaatkan sumber-sumber kami," kata Datuk Bandar CDC Tenggara, Encik Fahmi Aliman.

Langkah ini juga akan membantu para belia merealisasikan apa yang ingin diusahakan untuk masyarakat.

(Gambar: Majlis Pembangunan Masyarakat Tenggara)

"Dengan sokongan yang tepat, kami yakin para belia ini akan membawa kesan yang bermakna," tambah beliau.

Golongan belia di bawah usaha ini akan juga diberi peluang untuk sering berinteraksi dengan para penasihat daerah tenggara. Peserta bahkan berpeluang mengikuti 'pakar-pakar sosial' berkenaan menjalankan misi murni mereka.

"Ada penekanan terhadap peri pentingnya mempunyai mentor dan pengalaman yang akan membantu para belia melangkah ke alam pekerjaan.

Tapi ini juga penting buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan kerja-kerja kemasyarakatan, untuk mereka mempunyai rangkaian sokongan yang sama," ulas Encik Fahmi lagi.

Penasihat Daerah CDC Tenggara, Encik Abdul Rahman Bakar, turut menyuarakan sokongannya terhadap inisiatif menyokong belia.

"Ia memadankan keinginan belia dengan peluang menabur bakti dan belajar cara melakukannya (dengan berkesan). Sebagai seorang mentor, saya tidak sabar untuk berkongsi ilmu dan lebih penting lagi, memperluaskan perspektif serta idea saya dengan pendapat anak-anak muda," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan