CDC Tenggara lancar klinik bola sepak bagi belia memerlukan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu inisiatif baharu dilancarkan bagi memperkasakan golongan belia memerlukan di daerah tenggara menerusi bola sepak.
Sekitar 30 pelajar berusia antara 12 dengan 16 tahun mengambil bahagian dalam pusingan pertama klinik bola sepak anjuran CDC Tenggara pada Sabtu (13 Dis).
Para jurulatih sukarelawan dan bekas pemain termasuk Fandi Ahmad membimbing para pelajar menerusi latihan bola sepak dan perlawanan kecil.
Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar membina disiplin, kerjasama dan daya ketahanan.
Ini di samping meningkatkan kesejahteraan mental dan menjalinkan hubungan yang bermakna.
Datuk Bandar CDC Tenggara Dinesh Vasu Dash berharap program tersebut dapat diperluaskan untuk turut menyediakan bimbingan akademik kepada para pelajar tersebut.
"Kami berharap bahawa, menjelang pertengahan tahun depan, akan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kerja akademik. "
"Ia mungkin jurulatih atau kelas tuisyen dan sebagainya, yang memberi tumpuan kepada subjek-subjek tertentu. Dan kemudian, meluaskannya dari sana, dengan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang mungkin sudah melaksanakan usaha ini, dan bukan mempelajari segalanya dari mula. Itu rancangan kami," jelas Encik Dash.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.