CDC Tenggara lancar 3 inisiatif bernilai lebih S$2 juta perkasa golongan muda SG
Anggaran Waktu Membaca:

Pelajar-pelajar di Singapura. (Gambar fail: Chan Chun Sing/Facebook)
SINGAPURA: CDC Tenggara mengumumkan tiga inisiatif baharu yang dilakarkan khusus bagi golongan muda dalam kalangan penduduk di bahagian tenggara Singapura.
Menurut kenyataan medianya pada Rabu (20 Sep), lebih S$2 juta disalurkan bagi menampung inisiatif-inisiatif tersebut selama tiga tahun.
Datuk Bandar CDC Tenggara, Fahmi Aliman menarik perhatian bahawa inisiatif-inisiatif itu berlandaskan matlamat untuk "meningkatkan pertumbuhan holistik (anak muda) dalam pendidikan, kesejahteraan mental dan tanggungjawab alam sekitar".
Ia secara tidak langsung mengesahkan lagi komitmen CDC Tenggara untuk merangsang pertumbuhan dalam kalangan generasi seterusnya, dengan memastikan mereka mempunyai sokongan serta sumber yang diperlukan demi masa depan yang terjamin.
Acara pelancaran inisiatif tersebut diadakan semasa SE-lebrating Connections, Sidang CDC Tenggara, dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat turut menghadirinya.
DANA 'EDU CARE' DAPAT RINGANKAN BEBAN PELAJAR
Dana 'Edu Care' diperkenalkan dengan tujuan untuk meringankan beban yang ditanggung para pelajar disebabkan oleh kos sara hidup yang kian meningkat. Ia menyediakan sokongan yang diperlukan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan.
Dana itu meliputi bayaran sekali sahaja sebanyak S$300 kepada isi rumah dengan pendapatan per kapita (PCHI) dari S$800 hingga S$1,000.
Dana sejuta dolar itu diharap akan merapatkan jurang pendidikan dengan membantu para pelajar kurang berkemampuan di daerah tersebut untuk mendapat akses kepada keperluan persekolahan yang diperlukan, sekali gus membenarkan mereka untuk memberi tumpuan yang lebih baik terhadap pelajaran masing-masing.
Dana 'Edu Care' itu menekankan komitmen kukuh CDC Tenggara untuk memastikan setiap anak muda di daerah tersebut mempunyai peluang yang sama rata untuk mencapai kejayaan. Dengan menangani keperluan mereka dan mempertingkatkan sumber akademik mereka, dana itu bermatlamat untuk mendorong pelajar mencapai masa depan yang lebih cerah.
Ia bakal dilancarkan pada 16 Oktober 2023.
BANTUAN KESIHATAN MENTAL DIPERTINGKAT MENERUSI INISIATIF 'SEEDS OF WELLNESS'
Kesihatan mental kian menjadi keutamaan, terutama sekali dengan dunia berkembang dengan pantas dewasa ini.
Menyedari hal tersebut, CDC Tenggara mengorak langkah untuk memperluaskan inisiatif kesihatan mental menerusi 'SEEDS of Wellness'. Inisiatif yang dipertingkat itu menyediakan usaha pendampingan yang lebih baik bagi menyokong kesejahteraan mental anak muda, dengan lebih banyak bantuan disediakan dan dapat diakses dengan mudah.
Inisiatif itu terdiri daripada geran - Geran Kesejahteraan Mental Masyarakat, kit bantu diri, muzik dan skit.
Memandangkan anak muda dan warga emas membentuk jumlah besar penduduk daerah tersebut, inisiatif itu juga akan dimanfaatkan oleh penduduk warga emas, selain golongan muda.
CDC Tenggara berharap, dengan lebih banyak bantuan dihulurkan kepada anak muda dan warga emas, ia akan membawa kepada masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan bagi semua lapisan masyarakat.
PUPUK AMALAN MESRA ALAM SEJAK USIA MUDA
Sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030, CDC Tenggara juga memperkenalkan satu gerakan yang dipanggil ' 'The Wormery Movement: A Sustainable Alternative', sebuah projek 'Wormery' yang menampilkan sistem kompos berskalah.
Inisiatif itu menggalak kemampanan dan amalan mesra alam dalam masyarakat, dengan tumpuan diberikan khususnya kepada golongan muda.
Bak pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya, CDC Tenggara merancang untuk menerapkan budaya dan pengetahuan kemampanan dalam kalangan anak muda sejak kecil lagi.
Ia bakal dilaksanakan terlebih dahulu di sekolah-sekolah di daerah itu.
Dengan itu, inisiatif tersebut dapat melengkapkan anak muda dengan nilai-nilai dan amalan-amalan yang diperlukan bagi memastikan masa depan mereka lebih sihat, bersih dan mesra alam.
Menekankan peri pentingnya menyemai nilai-nilai sedemikian dari usia muda, Encik Fahmi Aliman menambah: "Anak-anak muda kita adalah nadi masyarakat kita. Masa depan mereka penting, dan kami komited untuk menyediakan mereka dengan alat-alat untuk mencapai kejayaan."
Encik Fahmi turut mengesahkan komitmennya untuk membina persekitaran yang berkembang, prihatin dan inklusif demi masa depan para penduduk di daerah tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.