Skip to main content

Singapura

CDC Tengah lancar lebih banyak inisiatif bantu penduduk, rangkaian sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Sep 2023 08:45PM Dikemas Kini : 26 Sep 2023 12:32PM
SINGAPURA: Tidak lama lagi, para penduduk kawasan CDC Tengah Singapura akan mendapat akses kepada rangkaian sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Ia selain rangkaian bantuan kewangan bagi keluarga berpendapatan rendah.

Ia ditawarkan di bawah khidmat-khidmat masyarakat yang diperluaskan dan dilaksanakan sepanjang tiga tahun mendatang.

Ia menjadikan jumlah inisiatif yang ditawarkan CDC Tengah kepada 100, yang sekali gus memperingati ulang tahun ke-100 Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.

Subsidi bagi mengimbangi tambang bas sekolah yang meningkat, dan juga bengkel SkillsFuture bagi semua peringkat usia untuk meningkatkan kemahiran kerjaya.

Itulah antara yang ditawarkan CDC Tengah dan dibiayai oleh dana baharu S$10 juta, hasil sumbangan para penderma dan juga CDC sendiri.

Setakat ini, sekitar 650,000 penduduk secara purata sudah meraih manfaat daripada program-program ini.

Bercakap di satu majlis di mana inisiatif-inisiatif baharu ini diperkenalkan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menekankan peranan penting yang dimainkan oleh CDC.

PM Lee berkata: "CDC memainkan peranan penting di peringkat daerah. Anda bekerja rapat dengan divisyen-divisyen akar umbi dan agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk mengumpulkan keperluan penduduk. Anda membina sumber, keupayaan dan kecekapan agar kami mempunyai rangkaian sukarelawan dan penderma yang kukuh untuk bekerjasama. Anda menghubungkan keperluan dan sumber yang ada dan merapatkan jurang antara penduduk dan pemerintah."
Sumber : CNA/IA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita