CDC mainkan peranan penting hubung penduduk dengan pemerintah, kata PM Lee
Berucap di majlis pelantikan anggota majlis-majlis bandaran siang tadi (24 Nov), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata CDC bukan setakat menggerakkan sumber-sumber di lapangan.
Para pencari kerja di 'Career Discovery' yang berlangsung di OTH. (Gambar: North East CDC/Facebook)
SINGAPURA: Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) memainkan peranan penting dalam menghubungkan para penduduk dengan Pemerintah.
Berucap di majlis pelantikan anggota majlis-majlis bandaran siang tadi (24 Nov), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata CDC bukan setakat menggerakkan sumber-sumber di lapangan.
CDC juga memainkan peranan sebagai "mata dan telinga" untuk mengetahui keperluan para penduduk yang belum dipenuhi.
Seramai 62 anggota Majlis Bandaran dilantik untuk berkhidmat dalam penggal ke-10 CDC.
Acara itu dihadiri Datuk Bandar Denise Phua, yang merupakan Pengerusi CDC Tengah.
CDC Tengah menetapkan matlamat untuk memberi sokongan tambahan kepada penduduk yang terjejas hebat akibat pandemik COVID-19 termasuk dari segi bantuan kewangan, pekerjaan dan latihan.
CDC itu juga merancang untuk menghulurkan lebih banyak bantuan kepada golongan lemah seperti gelandangan dan pengumpul kadbod.
PM Lee berkata: "CDC membantu mengukuhkan rasa tanggungjawab kita terhadap satu sama lain. Hubungan peribadi ini yang anda wujudkan, menyampaikan khidmat-khidmat pemerintah dengan sifat ihsan, bukan sahaja membantu kami untuk bertindak lebih pantas dan berkesan kepada para penduduk dalam masa-masa mencabar tetapi ia juga membina sebuah masyarakat penyayang di Singapura."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.