CDC & GovTech lancarkan jejak jalan ala permainan video "Phygital"
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis-majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan GovTech memperkenalkan lima laluan jejak jalan interaktif yang melibatkan pelbagai tugasan.
Untuk menggalakkan orang ramai agar terus lebih aktif, beberapa ganjaran menantikan mereka yang berjaya menyelesaikan laluan tersebut.
Laluan-laluan itu — masing-masing sejauh hingga lima setengah kilometer — adalah gabungan laluan jejak warisan, alam semula jadi dan bahkan, ada yang membawa anda ke kawasan bandar.
Ia juga menyertakan mercu-mercu tanda penting dan bersejarah.
Misalnya, laluan di kawasan tengah berakhir di Fort Canning manakala laluan di bahagian timur laut pula menyusuri Daerah Digital Punggol.
Muhammad Hamka Nabi, seorang penduduk CDC Timur Laut berkata: "Acara CDC ini bagus untuk kanak-kanak dan ibu bapa kerana ia menolong untuk meningkatkan kesihatan mereka dan ia juga bagus untuk mereka menggunakan masa lapang mereka sekeluarga."
Datuk Bandar CDC Barat Laut Alex Yam turut berkata: "Sekarang, kami sudah melancarkan lima laluan. Kami akan meneliti respons dan juga maklum balasnya. Selain itu, kami akan menyediakan dan melancarkan laluan baharu, mengikut permintaan.
"Namun, diharapkan sekitar tahun depan, kami akan melancarkan laluan baharu seterusnya."
Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat Edwin Tong, yang melancarkan acara tersebut, berkata program oleh CDC itu memenuhi keperluan sosial rakyat Singapura.
Beliau menambah, dengan sokongan rakan-rakan kongsinya, CDC sudah menjadi "daya kuasa yang membawa kebaikan".
Selain ciri interaktif, orang ramai juga berpeluang memenangi baucar yang terhad.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.