Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CDC Barat Laut galak penduduk jalan bersama 20 juta langkah sambil beramal

Membantu golongan memerlukan langkah demi langkah.

Anggaran Waktu Membaca:
CDC Barat Laut galak penduduk jalan bersama 20 juta langkah sambil beramal

(Gambar: Facebook/North West CDC)

Diterbitkan : 10 Jan 2021 06:52PM Dikemas Kini : 10 Jan 2021 07:02PM

SINGAPURA: Membantu golongan memerlukan langkah demi langkah.

Usaha Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut itu bagi menggalak penduduknya berjalan dan mencatatkan 20 juta langkah secara keseluruhan bagi mengumpul S$2 juta.

Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada skim-skim bantuan tempatan seperti Dana Bantuan Makanan yang menerima sehingga dua kali ganda penerima bantuan akibat pandemik COVID-19.

Merasmikan acara, Datuk Bandar kawasan Barat Laut Alex Yam bersama-sama 30 anggota Kelab Berjalan Pantas Barat Laut berjalan sejauh 2 kilometer hari ini (10 Jan).

Setiap seorang mencatat 2,000 langkah.

Rakan kerjasama dan para penduduk boleh menyertai usaha itu menerusi aplikasi 42Race.

Mereka boleh melakukannya sehingga akhir Februari depan untuk mencatatkan antara 20,000 hingga 200,000 langkah.

Orang ramai boleh menderma menerusi aplikasi tersebut atau emel. 

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan