Skip to main content

Singapura

CDC Barat Laut & e2i ganding bahu pertingkat kemahiran, anjur pameran kerjaya untuk pemohon kerja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Aug 2024 06:27PM Dikemas Kini : 18 Aug 2024 12:04AM
SINGAPURA: Bakal terdapat lebih banyak peluang di bahagian Barat Laut Singapura bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan di sekitar kawasan kejiranan mereka.

Institut Pekerjaan dan Daya Kerja NTUC (e2i) sedang berganding bahu dengan CDC Barat Laut bagi menyokong usaha meningkatkan kemahiran serta menganjurkan lebih banyak pameran pekerjaan di kawasan itu.

Di salah sebuah pameran yang diadakan siang tadi, perjanjian dimeterai antara e2i dan beberapa pertubuhan bagi merapatkan jurang antara kemahiran yang dimiliki mereka yang sedang mencari kerja, serta apa yang mereka perlukan untuk mengisi pekerjaan masa hadapan.

Lebih 20 majikan menyertai pameran tersebut.

Sekitar 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan secara langsung, dan lebih banyak lagi tersedia di sebuah portal pekerjaan yang baru sahaja dilancarkan.

Selain pameran, e2i turut bekerjasama dengan ServiceSG untuk meluaskan khidmat bimbingan kerjaya dan pemadanan pekerjaan kepada pusat-pusat ServiceSG di serata negara.
Sumber : CNA/IA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita