Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CDC Barat Laut agih bantuan 'buka sekolah' bagi pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

Hampir S$9,000 berjaya dikumpul oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut bagi inisiatif 'Pack My Backpack' anjurannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2019 10:15PM Dikemas Kini : 22 Dec 2019 03:13PM

SINGAPURA: Hampir S$9,000 berjaya dikumpul oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut bagi inisiatif 'Pack My Backpack' anjurannya.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu kanak-kanak dan pelajar berusia antara lima hingga 21 tahun membuat persiapan bagi tahun baru persekolahan.

Pada Sabtu petang (21 Dis) di Kelab Masyarakat Sembawang, sekitar 300 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah diberi beg-beg sekolah, baucar S$100 dan peralatan keperluan sekolah.

Acara ini dianjurkan bersempena dengan program 'Siap Ke Sekolah', juga anjuran CDC Barat Laut.

Untuk inisiatif tersebut, CDC Barat Laut dapat mengumpul S$500,000 sepanjang tahun ini bagi menyediakan dermasiswa kepada 1,600 murid tadika. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan