CDC akan main peranan lebih besar; lancar skim pemadanan kerja
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai menghadiri Pameran Kerjaya Masyarakat Barat Daya. (Gambar: Facebook/South West CDC)
SINGAPURA: Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) akan memainkan peranan yang lebih luas untuk menyokong para penduduk dengan lebih baik lagi, berikutan pengumuman Perdana Menteri Lawrence Wong mengenai inisiatif pemadanan pekerjaan yang bakal diterajui oleh CDC semasa beliau menyampaikan ucapannya di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2025 pada Ogos lalu.
Dalam kenyataan medianya pada Sabtu (11 Okt), Persatuan Rakyat (PA) menyatakan bahawa CDC akan "memainkan peranan yang lebih besar sebagai pengagregat dan penyambung khidmat" dalam membina masyarakat yang inklusif dan bersatu padu. Ini termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dan memupuk semangat kesukarelawanan di serata negara.
PEMADANAN KERJA
Semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan 2025 pada 17 Ogos, PM Wong mengumumkan bahawa CDC akan menerajui inisiatif baharu yang memadankan pemohon kerja dengan jawatan kosong yang lebih dekat dengan rumah mereka, sambil merujuk kepada rangkaian yang kukuh antara CDC dengan peniaga, perusahaan kecil dan sederhana serta rakan-rakan masyarakat.
Program itu, yang dikenali sebagai Jobs Nearby @ CDC, bertujuan untuk membantu penduduk mencari pekerjaan lebih dekat dengan rumah mereka, sambil menyokong perniagaan tempatan yang menghadapi cabaran tenaga kerja, kata PA.
CDC Barat Daya melancarkan skim perintis itu pada 31 Ogos.
Ia akan dilancarkan oleh kesemua lima CDC menjelang Oktober, tambah PA.
SEMANGAT KESUKARELAWANAN
Selain pekerjaan, CDC juga akan berfungsi sebagai penggerak semangat kesukarelawanan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan sikap "masyarakat diutamakan bukan individu", yang menjadi tema utama ucapan PM Wong semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan 2025.
"Dengan menggunakan rangkaian mereka yang luas, CDC akan menggerakkan pihak-pihak berkepentingan di daerah masing-masing untuk mengagregat peluang sukarelawan, menggalakkan individu dan pertubuhan dalam daerah masing-masing untuk melangkah ke hadapan dan menyumbang masa dan bakat mereka, dan juga menyokong pelbagai pertubuhan untuk membina keupayaan dalam bindang pengurusan sukarelawan," kata PA.
"CDC juga akan bekerjasama dengan pertumbuhan-pertumbuhan akar umbi tempatan untuk menggalakkan pembangunan masyarakat mikro, di mana jiran menjaga dan saling membantu satu sama lain."
CDC adalah pertubuhan-pertubuhan di bawah PA, sebuah lembaga berkanun, yang bertindak sebagai jambatan antara pemerintah dan rakyat. Terdapat lima CDC, setiap satu diterajui oleh seorang Datuk Bandar.
ALJUNIED, HOUGANG AKAN DILETAKKAN DI BAWAH CDC TENGGARA
Pada Sabtu (11 Okt), PA juga mengumumkan perubahan pada sempadan CDC, memetik keperluan untuk mengimbangi saiz penduduk dengan lebih baik.
Daerah Tenggara adalah yang paling kecil, dengan saiz penduduk seramai 474,359, manakala daerah Timur Laut mempunyai saiz penduduk 1,044,826, kata PA.
Berikutan penyesuaian itu, penduduk GRC Aljunied dan SMC Hougang akan menerima khidmat dari CDC Tenggara dan bukan CDC Timur Laut.
Para penduduk yang sedang menerima sokongan atau program daripada CDC Timur Laut akan terus disokong di bawah CDC Tenggara, tambah PA.
Perubahan ini akan diwartakan pada 13 Okt.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.