Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CDAC bantu 8,700 keluarga, naik 30% berbanding tahun lalu bagi program "Siap Ke Sekolah"

Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) akan memperuntukkan S$36 juta bagi membantu keluarga berpendapatan rendah tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2020 07:04PM Dikemas Kini : 06 Dec 2020 09:13PM

SINGAPURA: Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) akan memperuntukkan S$36 juta bagi membantu keluarga berpendapatan rendah tahun depan.

Bantuan itu bagi meringankan beban keluarga yang terjejas oleh COVID-19 serta menyokong para pelajar yang lemah dalam bidang akademik.

Peruntukan itu 20 peratus lebih tinggi berbanding anggaran perbelanjaan tahun ini sebanyak $30 juta.

CDAC juga akan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru seperti mengadakan lebih banyak kelas tuisyen dan sesi memantau para pelajar membuat kerja sekolah di rumah.

Di acara "Siap Ke Sekolah" tahun ini, CDAC membantu 8,700 keluarga, pertambahan 30 peratus berbanding tahun lalu.

Setiap isi rumah menerima baucar bernilai sehingga $350, lebih banyak daripada tahun lalu.

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan