Skip to main content

Singapura

CDA nasihat orang ramai lengkapkan vaksinasi sakit campak sebelum bercuti susuli kenaikan kes global

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Feb 2026 06:32PM Dikemas Kini : 04 Mar 2026 08:26PM
SINGAPURA: Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) menggesa orang ramai agar melengkapkan vaksinasi penyakit campak sebelum ke luar negara.

Ini ekoran jumlah kes yang semakin meningkat bukan sahaja di Singapura tetapi juga di seluruh dunia.

Sebanyak 13 jangkitan kes campak dilaporkan tahun ini di Singapura.

Pihak berkuasa juga menasihatkan ibu bapa yang merancang untuk melakukan perjalanan ke kawasan terjejas supaya mendapatkan vaksinasi bagi bayi mereka, dengan vaksin yang bertujuan diberikan kepada mereka berusia enam hingga 11 bulan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 11 juta kes jangkitan campak sedunia pada 2024, iaitu lebih tinggi berbanding sebelum pandemik.

CDA juga mengingatkan doktor supaya berwaspada terhadap gejala pesakit.

Ini termasuk demam, batuk dan ruam, terutama sekali dalam kalangan mereka yang baru pulang dari luar negara.

Semua kes yang disyaki campak perlu dilaporkan dalam masa 24 jam.

Sebilangan kes di Singapura baru-baru ini melibatkan bayi-bayi bawah usia 12 bulan yang belum menerima vaksin, dan telah dibawa ke luar negara.

Pihak berkuasa menegaskan suntikan vaksin yang diambil awal oleh kanak-kanak tidak menggantikan dua dos biasa di bawah Jadual Imunisasi Negara bagi Kanak-Kanak.

Sebaliknya, bagi bayi bawah usia enam bulan, terdapat imuniti pasif yang diwariskan daripada ibu mereka, ketika mereka dilahirkan.

Namun, Doktor Keluarga Kingsway Medical Clinic, Dr Zhang Qi, menegaskan bahawa imuniti itu akan lama-kelamaan menurun.
Sumber : CNA/QA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita