CDA gesa orang ramai dapatkan vaksin sebelum bercuti ke luar negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) menggesa orang ramai supaya mendapatkan vaksin dan ubat-ubatan sebelum melancong ke luar negara pada musim cuti hujung tahun ini.
Langkah itu bagi mengelakkan jangkitan penyakit yang boleh dicegah, seperti malaria dan demam kepialu atau 'typhoid'.
Menurut CDA, lima penduduk Singapura dijangkiti malaria, manakala lagi 14 orang dijangkiti demam kepialu tahun lalu, kesemuanya dikaitkan dengan perjalanan ke luar negara.
Sesetengah penduduk yang pulang dari percutian membawa penyakit seperti cirit-birit, demam dan selesema.
Namun menurut CDA, penyakit-penyakit tersebut lazimnya boleh dicegah.
Lantaran itu, CDA menggesa orang ramai supaya mendapatkan vaksin sebagai sebahagian daripada persiapan sebelum bercuti.

"Apabila anda berada di lapangan terbang yang sesak dan terdapat pelancong dari pelbagai benua berbeza, mudah untuk anda terdedah (kepada virus).
"Jadi walaupun anda pergi ke tempat yang panas seperti hemisfera selatan yang tiada musim sejuk, di mana ia sedang mengalami musim panas, anda masih boleh terdedah ketika berada di lapangan terbang.
"Oleh itu, adalah baik untuk mendapatkan vaksin yang boleh melindungi daripada virus-virus pernafasan," kata Pengarah Kumpulan Program Penyakit Berjangkit (CDA), Profesor Madya Lim Poh Lian.
Selain virus tersebut, mereka yang bercuti juga boleh mendapatkan perlindungan daripada penyakit seperti malaria, yang dibawa nyamuk dan berpotensi mengancam nyawa.
Ini khususnya bagi mereka yang melawat kawasan tertentu di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.
Demam kepialu pula merebak terutamanya melalui makanan atau air yang tercemar.
Penyakit itu lazimnya dicatat di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Bukan itu sahaja, Prof Lim turut mengingatkan bahawa vaksinasi juga diperlukan walaupun bagi mereka yang hanya melawat negara-negara jiran.
Untuk membantu penduduk Singapura merancang percutian dengan lebih selamat, CDA mengemas kini laman webnya dengan maklumat mengenai amalan keselamatan, situasi kesihatan negara destinasi dan keperluan kemasukan.

Sumber : CNA/NF/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.