CCTV bergerak, app bantu cegah penunggang PMD tidak bertanggungjawab
Sistem kamera CCTV bergerak akan digunakan untuk mengesan para pengguna Alat Mobiliti Peribadi (PMD) yang melanggar undang-undang.
SINGAPURA: Sistem kamera CCTV bergerak akan digunakan untuk mengesan para pengguna Alat Mobiliti Peribadi (PMD) yang melanggar undang-undang.
Sebahagian daripada percubaan selama 18 bulan, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan bekerjasama dengan Agensi Teknologi Pemerintah.
CCTV tersebut akan dialihkan ke pelbagai tempat di mana para pengguna PMD sering melanggar peraturan - seperti di Jurong West, Punggol, Sembawang dan Woodlands - mulai 31 Julai ini.
Mulai tarikh yang sama, orang ramai juga boleh menggunakan ciri baru dalam app MyTransport.SG untuk melaporkan tentang pesalah PMD dan skuter elektronik.
Aduan boleh dibuat kepada LTA menerusi ciri baru "Report PMD/PAB Incident" pada app tersebut.
Menurut LTA, ini bukan sahaja memudahkan tindakan susulan untuk dijalankan tetapi juga mencegah para pengguna PMD daripada melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab.
Sebanyak 3,700 kesalahan mobiliti aktif direkodkan antara 1 Mei tahun lepas hingga 30 Apr tahun ini. Pengguna yang melanggar peraturan boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau menghadapi hukuman penjara sehingga enam bulan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.