Skip to main content

Singapura

CCE bantu pelajar pupuk sikap empati, kata Desmond Lee

Menteri Pendidikan Desmond Lee berkata lebih daripada bidang akademik, pendidikan yang dipelajari semasa Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) boleh membantu membina sikap empati dalam kalangan pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:
 CCE bantu pelajar pupuk sikap empati, kata Desmond Lee

Menteri Pendidikan Desmond Lee di Sekolah Menengah Mayflower semasa acara Hari Keharmonian Kaum pada 18 Jul.

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Desmond Lee berkata lebih daripada bidang akademik, pendidikan yang dipelajari semasa Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) boleh membantu membina sikap empati dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata demikian semasa acara Hari Keharmonian Kaum di Sekolah Menengah Mayflower pada Jumaat (18 Jul).

Bercakap kepada para pelajar, Encik Lee menjelaskan dengan lebih mendalam lagi apa maknanya untuk bersikap empati.

Para pelajar juga meneroka pelbagai senario isu perkauman bersahaja atau 'casual racism' semasa kelas CCE itu.

Para pelajar nampaknya memahami mesej Encik Lee itu.

"Saya fikir matlamat utama Hari Keharmonian Kaum adalah untuk meneroka kebudayaan yang berbeza-beza, memahami nilai-nilainya.

"Jadi ini membantu rakyat Singapura memahami dan menghapuskan stereotaip antara kita. Ini menjadikan Singapura lebih inklusif bagi pelbagai kaum," kata pelajar Sekolah Menengah Mayflower, Danish Khusairy Mohd Yazid.
Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita