CCCS mulakan semakan mendalam cadangan Grab untuk peroleh Trans-cab
Anggaran Waktu Membaca:
Grab umumkan perancangan untuk peroleh Trans-cab. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Badan pemantau persaingan Singapura sudah mula meneliti secara mendalam cadangan firma teknologi Grab untuk mengambil alih syarikat pengendali teksi Trans-cab.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (31 Jan), Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) menyatakan pihaknya sudah memulakan proses lebih menyeluruh.
Langkah itu susuli semakan awal yang mendapati cadangan Grab untuk mengambil alih Trans-cab mungkin mewujudkan halangan kepada syarikat-syarikat pesaing yang lain.
Rancangan Grab untuk mengambil alih syarikat pengendali teksi ketiga terbesar di Singapura itu meliputi perniagaan teksi dan kereta sewa Trans-cab, bengkel-bengkel penyenggaraan dan operasi stesen minyak.
Jika penggabungan, yang pertama kali diumumkan pada Julai tahun lalu, itu diluluskan, sayap khidmat kereta sewa privet Grab - iaitu Grab Rentals - akan memperoleh 100 peratus saham dalam Trans-cab.
Kedua-dua pihak pada mulanya dijangka dapat mencapai perjanjian pada suku keempat 2023.

Grab dan Trans-cab menegaskan bahawa pemerolehan itu tidak akan menjejas persaingan, sambil merujuk kepada "pertindanan minimum" antara kedua-dua syarikat; tiada halangan yang menyekat kemasukan ke dalam sektor; serta pasaran sewa yang berpecah-pecah dan berdaya saing.
Pada 31 Oktober 2023, Grab mengusulkan beberapa komitmen untuk menangani keprihatinan mengenai persaingan yang dikenal pasti CCCS.
"CCCS meneliti komitmen-komitmen yang diusulkan dan mendapati, tanpa manfaat semakan mendalam, ia tidak dapat menyimpulkan bahawa usulan komitmen tersebut secukupnya menangani keprihatinan mengenai persaingan yang dikenal pasti CCCS.
"Misalnya, ia tidak secukupnya menangani keprihatinan bahawa pemerolehan yang dirancangkan itu mungkin memberi Grab keupayaan dan insentif untuk meraih manfaat daripada pemilikannya ke atas kereta-kereta Trans-cab untuk mempengaruhi pemandu Trans-cab supaya menggunakan platform khidmat kereta sewa Grab."
Usulan komitmen selama dua tahun oleh firma teknologi itu, serta mekanisme pemantauan sendiri, juga dilihat sebagai tidak mencukupi, menurut CCCS, sambil menambah bahawa Grab sudah dimaklumkan pada 24 November 2023 bahawa CCCS tidak boleh menerima usulan tersebut.
Grab berhujah bahawa penggabungan tersebut pada akhirnya akan memberi manfaat kepada pelanggan dan meningkatkan pendapatan pemandu.
"Pendigitalan kereta-kereta Trans-cab akan meningkatkan daya produktiviti para pemandu dan kesediaan teksi supaya pelanggan boleh mendapatkan teksi dengan lebih mudah," menurut Grab pada Oktober.
Grab juga menyatakan pemandu Trans-cab akan ada pilihan untuk menggunakan berbilang platform khidmat kereta sewa dan juga menerima penumpang yang menahan teksi di tepi jalan.
LANGKAH SETERUSNYA
Sementara semakan awal CCCS merupakan semakan "pantas" yang disasarkan selesai dalam tempoh 30 hari perniagaan, semakan lengkap akan diselesaikan dalam tempoh 120 hari perniagaan disebabkan kerumitan tambahan, menurut badan tersebut.
Fasa seterusnya semakan CCCS "termasuk pemeriksaan lebih terperinci dan meluas terhadap keadaan penggabungan", dan memerlukan badan pemantau itu diberi akses kepada lebih banyak maklumat mengenai pihak-pihak yang bergabung serta pasaran yang disasarkan.
Semasa fasa itu, Grab boleh mengusulkan komitmen yang sudah disemak semula untuk menangani sebarang keprihatinan mengenai persaingan yang sudah dikenal pasti.
Selepas semakan mendalam tersebut, CCCS akan membuat keputusan mengenai usulan pemerolehan itu.
Rancangann pemerolehan Trans-cab oleh Grab dibuat menyusuli penggabungan Strides Taxi dengan Premier Taxi pada bulan Mei untuk membentuk syarikat pengendali teksi kedua terbesar di Singapura.
Pada 2018, CCCS mengenakan denda S$13 juta ke atas Grab dan platform khidmat kereta sewa Uber berkait penggabungan kedua-dua syarikat itu.
Perjanjian tersebut membawa kepada pengurangan ketara persaingan dalam pasaran, menurut CCCS ketika itu, sambil menarik perhatian kepada harga lebih tinggi Grab serta perubahan kepada program kesetiaannya selepas ia mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.