Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CCCS kumpul maklum balas mengenai langkah sukarela syarikat berhubung bekalan alat ganti lif

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sedang mengumpul maklum balas awam mulai hari ini (11 Jan), mengenai dua komitmen sukarela oleh Chevalier Singapore Holdings dan Fujitec Singapore berhubung bekalan alat ganti lif.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Jan 2019 07:06PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 11:57PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sedang mengumpul maklum balas awam mulai hari ini (11 Jan), mengenai dua komitmen sukarela oleh Chevalier Singapore Holdings dan Fujitec Singapore berhubung bekalan alat ganti lif.

Ini selepas siasatan dijalankan ke atas amalan industri yang ketat dalam industri tersebut.

Maklum balas awam akan membantu CCCS dengan penilaian mengenai sama ada setiap komitmen yang disarankan adalah cukup untuk menangani keprihatinan berkenaan persaingan, dan setiap komitmen yang disarankan adalah bertepatan dan perlu.

Setiap estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mempunyai pelbagai jenama lif yang dipasang.

Majlis bandaran sama ada boleh memberikan kerja-kerja penyenggaraan lif kepada pemasang lif asal bagi satu jenama tertentu atau kontraktor pihak ketiga yang boleh menyenggara semua jenama dalam sebuah estet.

Ia lebih murah untuk mengambil kontraktor pihak ketiga dari membeli khidmat dari pemasang lif individu. Namun, kontraktor mungkin dihalang daripada bersaing untuk kontrak penyenggaraan lif jika pembekal tidak memberikan alat ganti yang diperlukan.  

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan