Cawangan Times Bookstore terakhir di Holland Road akan ditutup
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Times bookstores)
SINGAPURA: Times Bookstores pada Isnin (16 Sep) mengumumkan bahawa ia akan menggulung tikar selepas hampir empat dekad beroperasi.
Hari terakhir cawangan terakhirnya yang terletak di Pusat Beli-Belah Jelita, Holland Road, adalah pada Ahad (21 Sep), tambah kedai buku bahasa Inggeris itu.
"Selepas beberapa dekad mencipta kenangan berharga dan berkongsi cerita yang tidak terkira, sudah tiba masanya untuk menutup bab terakhir Times Bookstores," tulisnya dalam catatan media sosial.
Ditubuhkan pada 1978, kedai tersebut dimiliki kumpulan Fraser dan Neave yang berpangkalan di Asia Tenggara, yang memiliki beberapa perniagaan dalam sektor Makanan & Minuman (F&B), penerbitan dan percetakan. Times juga mempunyai sejumlah cawangan di Malaysia.
Ia menawarkan pelbagai genre, seperti buku kanak-kanak, gaya hidup dan bukan fiksyen.
Penutup cawangan terakhir Times Bookstores menyusuli langkah serupa sejak lima tahun lalu.
Cawangannya di Centrepoint ditutup pada 2019, disusuli penutupan di Marina Square dan Paragon pada 2021.
Pada awal tahun ini, cawangan di Plaza Singapura dan Waterway Point ditutup, dengan hanya cawangan di Jelita menjadi kedainya yang terakhir.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.