Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cawangan baru Bhai Sarbat dibuka di Sengkang selepas rugi akibat ketika pandemik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jika anda ingin secawan teh tarik yang sedap, pergi sahaja ke Kampong Glam. Meskipun terdapat kedai baharu seperti Tarik, yang dibuka oleh seorang bekas pramugara, kedai Bhai Sarbat masih merupakan kedai paling popular.

Kedai minuman yang sudah menjalankan perniagaan sejak 46 tahun itu terletak di sudut yang tersembunyi di Bussorah Street, namun pemiliknya, Mohammad Asgar, merupakan pakar membuat minuman.

Pelancong dan warga tempatan akan merakam aksi pemilik kedai itu sebaik sahaja dia membuat teh terik sarbat popularnya, yang ditarik tinggi.

Meskipun demikian, kedai popular seperti Bhai Sarbat berdepan masalah semasa perintah berkurung dilaksanakan akibat pandemik COVID-19, disebabkan jumlah pelanggan yang berkurangan, sehingga Encik Asgar tidak menerima sebarang pelanggan langsung.

PERNIAGAAN JATUH 80 PERATUS

Ketika bercakap dengan Mediacorp pada 2021, Encik Asgar berkongsi bahawa dia mengalami kerugian, dengan hanya memperolehi keuntungan antara S$100 hingga S$300 sehari sedang perniagaannya jatuh kira-kira 80 peratus.

Encik Asgar mengalami kerugian kira-kira S$200,000 semasa tempoh perintah berkurung, dan disebabkan Restoran Bhai Sarbat yang dibuka pada 2020 tidak menerima sambutan yang baik, ditutup lapan bulan kemudian disebabkan kekurangan pekerja.

Pakciknya membuka kedai tersebut pada 1977, dan Encik Asgar mengambil alih perniagaan itu pada 2018.

BHAI SARBAT BANGKIT SEMULA

Mujur, kedainya berjaya mengharungi pandemik, dan kini berkembang maju.

Lebih-lebih lagi, dia baru membuka cawangan pertama Bhai Sarbat di luar Bussorah Street pada Ahad (11 Ogos), di kedai kopi Lepak One Corner, yang terletak di Sengkang.

"Saya ingin mengembangkan perniagaan saya demi anak-anak. Sudah tentu, saya cuba lakukan yang terbaik. Ia sukar untuk berjaya dalam kehidupan, untuk anak-anak, untuk keluarga," kata bapa kepada empat orang anak itu, yang mempunyai tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan. Dua anak lelakinya kini membantu mengendalikan kedainya di Kampong Glam dan Sengkang.
(Gambar: 8days)
Usahawan Makanan dan Minuman (F&B) Winson Ng, 31 tahun, anak kepada seorang mualaf yang memiliki rantaian kedai kopi halal Yassin Kampung, membuka cawangan terbaharunya bernama 'Lepak One Corner' di Anchorvale Road.

Menurut Encik Winson, Encik Asgar 'terkenal dalam masyarakat Melayu" dengan kedai teh tariknya.

Apabila dia terserempak dengan pemilik kedai Bhai Sarbat itu, Encik Winson berbincang dengannya untuk membuka cawangan bersama.

"Saya memberitahunya bahawa saya sedang mencari jenama teh tarik yang terkenal untuk kedai kopi baru saya di Sengkang. Kami tidak kenal satu sama lain, namun kami berkongsi nombor telefon dan bersetuju untuk berjumpa di cawangan baru saya di Sengkang. Dia melihatnya dan suka dengan tempat itu, begitulah bagaimana kita dapat bekerjasama," kata Encik Winson.

MENU

Dari segi menu, Encik Asgar menawarkan minuman yang sama di cawangannya di Sengkang. Terdapat lebih daripada 50 pilihan, termasuk Teh panas (S$1.80), Teh ais (S$2.50), Teh Halia panas (S$2), Teh Halia ais (S$3), Teh Masalah Bru ($3.50/S$4), Teh Campur (S$1.80)M dan Kopi Halia (S$2).

Anda juga boleh mendapatkan Karipap Kentang (S$2.50), Karipap Kambing (S$3), Nasi Lemak Ayam (S$3) dan Nasi Lemak Ikan (S$2.50).

Cawangan Bhai Sarbat di Sengkang terletak di 326 Anchorvale Rd, #01- 01, S542326. Ia dibuka setiap hari mulai pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam.
 
Sumber : 8 Days/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan