Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cathay Cineplexes tidak tayang Deadpool & Wolverine atas 'keputusan perniagaan'

Anggaran Waktu Membaca:
Cathay Cineplexes tidak tayang Deadpool & Wolverine atas 'keputusan perniagaan'

(Gambar: AP/20th Century Studios/Marvel Studios)

SINGAPURA: Filem pecah panggung, Deadpool & Wolverine, tidak akan ditayangkan di pawagam-pawagam Cathay Cineplexes.

Ini berdasarkan "keputusan perniagaan", menurut Bianca Leong, pengarah mm2 Asia, yang memiliki Cathay Cineplexes, pada Isnin (29 Jul) semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.

Semakan oleh Mediacorp mendapati bahawa pengendali pawagam lain di Singapura - rangkaian utama seperti Golden Village dan Shaw, serta yang lain seperti WE Cinemas, Filmgarde, EagleWings Cinematics dan The Projector, masing-masing menayangkan filem tersebut.

Selain Deadpool & Wolverine, filem Walt Disney seperti Inside Out 2 juga tidak ditayangkan di pawagam-pawagam Cathay Cineplexes.

Disney, pengedar filem itu, "adalah rakan kongsi baik kepada kami dan akan sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik kepada mm2," kata Cik Leong.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan Mediacorp tentang sama ada filem-filem akan datang seperti Alien: Romulus dan filem-filem Disney pada masa akan datang akan ditayangkan di Cathay Cineplexes.

Mediacorp telahpun menghubungi Disney untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cathay Cineplexes memiliki lima cawangan di Singapura: Causeway Point, Downtown East, West Mall, JEM dan Century Square.

Beberapa cawangannya sudah ditutup sejak dua tahun lalu, dengan yang ditutup baru-baru ini ialah cawangan AMK Hub pada Jun 2024.

Kedai-kedai di Orchard Cineleisure, Bangunan Cathay dan Parkway Parade juga telah ditutup.

Deadpool & Wolverine memperoleh AS$205 juta (S$590) pada hujung minggu pertamanya di pawagam-pawagam Amerika Utara, menurut anggaran pihak studio.

Termasuk tayangan antarabangsa, di mana ia memperoleh tambahan AS$233.3 juta, Deadpool & Wolverine menyaksikan tayangan peringkat global lebih AS$438.3 juta.

Setakat ini ia merupakan filem terbesar tahun ini dan filem kelapan terbesar di Amerika Utara.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan