Cathay Cineplexes tawar 10 tiket wayang berserta bertih jagung, minuman pada S$100 dengan baucar khas
Cathay Cineplexes menawarkan baucar 'Save Our Screens', yang membolehkan pembeli mendapatkan 10 tiket wayang serta 10 set bertih jagung dan air botol hanya pada S$100.

Cathay Cineplexes menawarkan baucar 'Save Our Screens'. (Gambar: Cathay Cineplexes/Facebook)
Jumlah asal tawaran itu adalah sehingga S$223.
Promosi tersebut bermula Jumaat (21 Feb), namun pelanggan yang mahu menyokong rangkaian pawagam itu boleh membuat tempahan awal bagi set baucar tersebut dan mengambilnya di mana-mana kaunter Cathay dari 21 Februari hingga 31 Mac 2025.
Set berkenaan meliputi 10 baucar, dan setiap satu baucar boleh digunakan untuk menebus satu tiket wayang standard, satu tab bertih jagung dan satu air botol di mana-mana cawangan Cathay bermula 21 Februari hingga 21 Disember 2025.
Terdapat enam lokasi di seluruh Singapura yang boleh dipilih: Causeway Point, Downtown East, West Mall, Jem, Century Square, dan Clementi 321.
Baucar itu boleh digunakan dari Isnin hingga Ahad, termasuk hari sebelum cuti umum serta hari cuti umum.
Ia juga boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
Syarikat media mm2, yang memiliki rangkaian pawagam Cathay Cineplexes, mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima surat tuntutan daripada peguam pada 28 Januari, yang menuntut pembayaran sekitar S$2.7 juta untuk sewa dan kos lain yang tertunggak berhubung operasi Cathay Cineplexes di Century Square dan Causeway Point.
Rangkaian pawagam itu juga menyaksikan beberapa penutupan pada tahun-tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.