Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cathay Cineplex di Parkway Parade ditutup pada 27 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Cathay Cineplex di Parkway Parade ditutup pada 27 Ogos

(Gambar: Facebook/Parkway Parade)

SINGAPURA: Cathay Cineplex di pusat beli-belah Parkway Parade akan ditutup pada 27 Ogos.

Ia adalah cawangan ketiga syarikat tersebut yang ditutup dalam tempoh 14 bulan yang lalu.

Dalam satu catatan Facebook pada Isnin (21 Ogos), Cathay Cineplex menyatakan bahawa lima cawangan lain di pusat beli-belah Causeway Point, AMK Hub, Downtown East, West Mall dan Jem masih dibuka.

Seorang jurucakap mm2 Asia, yang memiliki Cathay Cineplex, memberitahu Mediacorp bahawa tiada kakitangan yang terjejas dengan penutupan cawangan di Parkway Parade.

"Kakitangan tersebut akan dikerahkan ke cawangan Cathay Cineplex lain," kata jurucakap itu.

Keputusan untuk menutup cawangan Parkway Parade yang mempunyai tujuh panggung wayang, sejak ia beroperasi pada 2017, merupakan sebahagain daripada "strategi syarikat itu untuk menyesuaikan saiz perniagaan pawagam di Singapura", tambah jurucakap tersebut.

Cawangan di Parkway Parade merupakan cawangan Cathay Cineplex ketiga yang ditutup dalam tempoh 14 bulan. Cawangannya di Bangunan The Cathay di Handy Road ditutup pada 26 Jun tahun lalu, manakala satu lagi cawangan di Orchard Cineleisure ditutup pada Jun tahun ini.

Cathay Cineplex bakal membuka cawangan baharu di pusat beli-belah Century Square di Tampines pada suku keempat tahun ini.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan