Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cathay Cineplex dapat surat tuntutan minta lunas bayaran tertunggak S$2.7j

Cathay Cineplex telah menerima surat-surat tuntutan agar melunaskan bayaran sewa dan kos-kos lain berjumlah sekitar S$2.7 juta berkaitan operasinya di pusat beli-belah Century Square dan Causeway Point.

Anggaran Waktu Membaca:
Cathay Cineplex dapat surat tuntutan minta lunas bayaran tertunggak S$2.7j

(Gambar: Facebook/Cathay Cineplexes)

SINGAPURA: Cathay Cineplex telah menerima surat-surat tuntutan agar melunaskan bayaran sewa dan kos-kos lain berjumlah sekitar S$2.7 juta berkaitan operasinya di pusat beli-belah Century Square dan Causeway Point.

Dalam pemfailan kepada Bursa Singapura pada Isnin malam (3 Feb), syarikat media mm2 Asia yang memiliki dan mengendalikan Cathay Cineplexes, menyatakan pihaknya menerima surat tuntutan pada 28 Januari daripada peguam yang mewakili tuan tanah kedua-dua pawagam itu.

Surat itu mendakwa Cathay Cineplexes berhutang sebanyak S$431,494.53 kepada Century Square LLP dari segi bayaran sewa dan jumlah lain yang belum dilunaskan, dan kos guaman S$446,90 bagi penyewaan premisnya di pusat beli-belah di Tampines itu.

Cathay Cineplexes juga diminta membayar S$47,691.21 sebagai tunggakan sewa dan jumlah lain, serta kos guaman S$446.90 kepada MCST Century Square.

Kedua-dua tuan tanah itu menuntut agar bayaran tertunggak itu dilunaskan menjelang 10 Februari.

Surat itu juga mendakwa Cathay Cineplexes berhutang sebanyak S$2,203,677.85 dalam bentuk tunggakan sewa dan jumlah lain, serta kos guaman sebanyak S$555.90 kepada tuan tanah pawagamnya di Causeway Point.

Daripada jumlah itu, S$1 juta sepatutnya dibayar kepada HSBC Institutional Trust Services yang merupakan pemegang amanah Frasers Centrepoint Trust (FCT), sebelum Isnin.

FCT yang memiliki pusat beli-belah di Woodlands, itu juga meminta baki bayarannya dilunaskan sebelum 10 Februari.

Surat tuntutan yang lazimnya dihantar oleh peguam, turut mengandungi senarai tuntutan.

Jika penerimanya, dalam hal ini, Cathay Cineplexes tidak memenuhi tuntutan itu itu, tindakan undang-undang seperti tuntutan saman mahkamah boleh dilaksanakan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan