CASE terima hampir 600 aduan pelanggan oBike yang minta wang dikembalikan
Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima sejumlah 595 aduan daripada pengguna oBike yang meminta wang cengkeram mereka dikembalikan.
SINGAPURA: Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima sejumlah 595 aduan daripada pengguna oBike yang meminta wang cengkeram mereka dikembalikan.
Ini dua kali ganda jumlah aduan yang diterima CASE dari awal tahun ini sehingga semalam (26 Jun). Kebanyakan aduan dibuat dalam tempoh tiga hari lalu, setelah oBike mengumumkan ia menarik diri daripada pasaran Singapura kelmarin (25 Jun).
Mediacorp difahamkan bahawa CASE bersama dengan Penguasa Pengangkutan Darat mengadakan mesyuarat dengan oBike pada tengah hari tadi (27 Jun).
Namun tiada butiran mengenai hasil mesyuarat diumumkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.