Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CASE terima 36 pertanyaan dari pelanggan Dream Cruise tentang pengembalian wang

Anggaran Waktu Membaca:
CASE terima 36 pertanyaan dari pelanggan Dream Cruise tentang pengembalian wang

Kapal World Dream Dream Cruises' meninggalkan Pusat Pesiaran Marina Bay pada 9 Dis 2020, sekitar jam 6.20 petang. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 04 Mar 2022 10:08AM Dikemas Kini : 04 Mar 2022 10:08AM

SINGAPURA: Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima 36 pertanyaan sejak Selasa (1 Mac) daripada individu yang ingin mendapatkan nasihat tentang cara mendapatkan semula wang deposit mereka daripada Dream Cruises.

Mereka dinasihatkan supaya membuat tuntutan dengan syarikat penyelesai Dream Cruises, kata badan pemerhati pengguna itu pada Khamis (3 Mac), sambil menambah ia tidak tahu status tuntutan tersebut.

Syarikat Genting Hong Kong mengumumkan pada Selasa kapal World Dream - satu daripada dua kapal persiaran miliknya yang dibenarkan menawarkan pelayaran di perairan Singapura semasa pandemik COVID-19 - akan berhenti beroperasi selepas ia pulang daripada pelayaran pada Rabu (2 Mac).

Genting Hong Kong menyatakan pelanggan yang sudah membuat bayaran pendahuluan bagi pelayaran selepas 2 Mac boleh menyerahkan tuntutan bagi pengembalian wang.

Kedua-dua Dream Cruises dan Genting Hong Kong sudah memfailkan bagi pembubaran syarikat awal tahun ini.

"Memandangkan syarikat induk Dream Cruise, iaitu Genting Hong Kong sedang gulung tikar, pengguna yang ingin wang mereka dikembalikan harus memfailkan bukti hutang terlebih dahulu dengan syarikat penyelesai Dream Cruises," kata presiden CASE Melvin Yong menjawab pertanyaan Mediacorp.

Encik Yong, yang juga Anggota Parlimen (AP) Radin Mas, menambah insiden itu menarik perhatian akan "risiko membuat bayaran pendahuluan disebabkan perniagaan yang menjadi mujlis secara tiba-tiba".

"Memandangkan iklim ekonomi dan geopolitik yang tidak menentu, pengguna harus mengambil kira risiko dalam membuat bayaran pendahuluan bagi pakej pelayaran atau pelancongan, kerana mereka mungkin tidak akan dapat semula wang deposit mereka sekiranya kapal persiaran atau ejen pelancongan menjadi muflis. "

"CASE ingin menekankan lagi gesaan kepada Pemerintah supaya mengkaji semula sektor di mana pengguna terdedah kepada risiko mengalami kerugian daripada bayaran pendahuluan, dan mempertimbangkan untuk mewajibkan perlindungan ke atas wang deposit dalam sektor ini," kata Encik Yong. Tambahnya, pengguna di sini melaporkan kerugian deposit berjumlah lebih S$3 juta sejak 2019.

Sumber : CNA/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa