Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CASE keluarkan amaran kedua terhadap Triple Lifestyle Marketing

Anggaran Waktu Membaca:
CASE keluarkan amaran kedua terhadap Triple Lifestyle Marketing

(Gambar: Facebook/Triple Lifestyle)

SINGAPURA: Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Rabu (6 Apr) mengeluarkan amaran kedua terhadap Triple Lifestyle Marketing, sebuah vendor yang menjual sistem air beralkali, selepas menerima lonjakan pada kes aduan.

CASE sebelum ini sudahpun mengeluarkan satu amaran terhadap syarikat itu pada 23 Februari 2021 ekoran aduan tentang tuntutan yang mengelirukan.

Sejak itu, CASE sudah merujukkan syarikat Triple Lifestyle Marketing kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) untuk disiasat di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil) (CPFTA).

CASE menasihati para pelanggan mempunyai pertikaian kontrak dengan syarikat berkenaan supaya mendekati CASE untuk mendapatkan bantuan.

Antara 1 November 2021 hingga 31 Mac lalu, CASE menerima 139 aduan daripada para pelanggan terhadap Triple Lifestyle Marketing.

Kebanyakan aduan itu melibatkan keadaan di mana para pelanggan mendakwa bahawa Triple Lifestyle Marketing sama ada tidak menjawab panggilan yang dibuat berulang kali bagi mengaturkan permintaan perkhidmatan untuk menukar penapis air ataupun membaiki produk yang rosak atau tidak menghadiri sebarang janji temu.

Menurut beberapa pelanggan, syarikat itu tidak memberikan produk ganti setelah mengambil produk yang rosak, menurut CASE.

Para pelanggan juga menarik perhatian baahwa Triple Lifestyle Marketing membuat tuntutan mengelirukan yang lain semasa proses penjualan.

Sebagai respons kepada aduan para pelanggan, satu surat amaran diberikan kepada Triple Lifestyle Marketing pada Julai 2020.

Surat amaran itu meminta syarikat berkenaan menandatangani Perjanjian Pematuhan Sukarela seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil) untuk menghentikan amalan tidak adil syarikat tersebut dan memberi pampasan kepada para pengguna yang terjejas.

Menurut CASE, Triple Lifestyle Marketing tidak menandatangani perjanjian tersebut.

CASE menasihati para pelanggan untuk membuat kajian online terlebih dahulu bagi mengesahkan mutu produk dan rekod prestasi syarikat sebelum membuat pembelian.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan